Jika anda boleh membaca artikel ini tanpa bantuan Google Translate, tidak salah jika anda boleh di-assume sebagai warga negara-negara Nusantara.

Sebagai seorang warga Nusantara (lagi-lagi orang Melayu), kita telah dididik dengan kepercayaan terhadap kuasa mistik sehingga ia telah menjadi sebahagian dari proses pemikiran utama rata-rata bani Melayu.

“Wah! Kashaf ni, ilmu wali-wali tinggi ni..”
“Yahudi! Sihir! Laknat!”

Jadi, apabila munculnya manusia-manusia yang ‘dianugerahkan’ dengan kebolehan superpower ala X-Men seperti David Blaine (ahli silap mata unggul). Jamal Merah (ahli tersilap jampi ilmu kebal unggul) & Jijan Os (ahli silap PhD unggul), kita pantas menunding jari bahawa mereka ini pengamal ilmu hitam.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Tetapi sebenarnya, wujud manusia yang betul-betul mempunyai kebolehan semulajadi yang sangat istimewa — tanpa sebarang helah — sehingga mereka boleh dinobatkan sebagai mutan seperti dalam filem X-Men.

Maka, tidak hairanlah jika mereka menggunakan superpower mereka untuk buat duit kaw-kaw (of cos, bro) & bukannya untuk menegakkan keadilan.

4. Michael Phelps Mungkin Anjing Laut Jadian

Kalau kau tak kenal siapa Michael Phelps, mungkin kau patut kurangkan tengok drama “Suri Hati Mr Pilot”, “Gegar Vaganza” & kurangkan Google kereta apa yang Copot baru beli.

Kerana, hampir satu dunia mengenali manusia istimewa yang memegang rekod 28 pingat di Olimpik sehingga nama beliau tercatit sebagai ‘Ahli Olimpik Terhebat Sepanjang Zaman‘. Untuk menunjukkan betapa hebatnya Mat Saleh ni, tengok carta di bawah:

Pak Teh v.s Pak Tam

Kehebatan beliau dalam sukan renang juga disumbang oleh badan beliau yang mempunyai ciri-ciri seperti seekor anjing laut:

Kaki saiz 14 bak hang! Oh, tak faham English? Cian..

Menurut kebanyakan sumber, Michael Phelps merupakan watak Aquaman dalam dunia sebenar.

Tangan & kaki beliau yang bersaiz besar bertindak seakan-akan pedal atau sirip ikan. Lengan beliau yang sangat panjang pula memberi efek yang hampir sama apabila seekor anjing laut berenang. Manakala, paha & betis beliau yang pendek, menyumbang ke arah potongan air yang baik.

Dalam erti kata lain, beliau nampak cool apabila di dalam air, tetapi nampak cacat apabila di luar air. Kisah pulak, nama pun mutan. Kaya pulak tu. Hehe.

3. Miguel Indurain Mungkin Basikal Berenjin Turbo Jadian

Kalau ada watak mutan yang mempunyai superpower basikal yang dilengkapi dengan enjin turbo, mungkin ia diinspirasi dari Miguel Indurain.

Aduh bang, superpower la, bukan superman..

Bagi kau yang acah-acah baru nak layan acara berbasikal touring ala Le Tour De Langkawi, jangan risau — kau bukan seorang je yang acah-acah minat & tahu. Acara berbasikal seperti ini lebih popular dan di-enjoy oleh warga Eropah dan orang-orang masyuk bukan Eropah sahaja.

Perasaan paling dekat dengan enjoy yang boleh kau dapat pun apabila peserta berbasikal lalu kampung kau.

Jadi, maafkan diri anda jika anda tidak mengenali Miguel Indurain yang juga digelar ‘Makhluk Asing’ oleh pesaing-pesaing beliau.

Superpower beliau? Paru-paru beliau boleh menampung sehingga 2 gelen udara (iaitu 2x lebih banyak dari atlet  professional!). Selain itu, jantung beliau juga berdenyut dengan kadar 29 degupan setiap minit (kadar manusia biasa ialah 60-100).

Ini membuatkan beliau boleh mengawal tenaga yang disalurkan ke otot-otot badan sehingga ke tahap paling maksima dan boleh mengayuh ibarat beliau mempunyai enjin turbo — tanpa bantuan dadah perangsang!

Apa yang lebih menakjubkan lagi, 14 tahun selepas beliau bersara dari sukan berbasikal iaitu pada tahun 2014, saintis melakukan beberapa siri kajian terhadap lagenda (mutan?) berumur 46 tahun tersebut dan mendapati badan & otot beliau masih berada di tahap tip-top.

Ini bermakna badan beliau masih boleh menapau atlet-atlet elit dalam sukan berbasikal yang lain.

Gila, kau baru umur 33 tahun dah mula start terkenang betapa power-nya kau berlari time sekolah menengah dulu.

Sumpah Senah, abang dulu player.. 2-3 jam camtu je bang hadap.

2. Andre The Giant Mungkin Lori Sampah Jadian

Andre The Giant secara semulajadi pun sudah berfizikal seperti seekor king-kong mutan.

Tak setuju? Maybe mata kau rabun kot.

Tetapi yang lebih menakjubkan ialah:

Beliau boleh menelan makanan & minuman ibarat lori sampah..

‘Bakat’ Andre selain seorang wrestler mula ditemui apabila beliau menghabiskan 156 botol beer dengan bersahaja.

Pada mulanya, member-member Andre menyangka beliau hanya minum banyak kerana stress yang terlalu tinggi akibat hentakan dan kesakitan yang beliau alami akibat kerjaya beliau.

Jyeahhh!! Aku pun stress bekerja banggg!!

Namun apabila beliau makan 12 stik dan 15 lobsters dalam satu sajian, semua orang tahu bahawa Andre mempunyai superpower untuk makan dan minum sebanyak mana yang beliau mahukan.

Menurut Cary Elwes, pelakon gandingan Andre dalam filem Princess Bride, selain dari makan dan minum dengan kuantiti yang sangat banyak, Andre juga mampu menelan arak dan alkohol yang pelik tanpa mabuk.

Contohnya, minuman kegemaran Andre adalah cocktail 1 liter campuran pelbagai jenis arak yang mempunyai kadar toksik ibarat bahan bakar jet pejuang..

1. Mick Foley Mungkin Wolverine Jadian

Cepat, dalam kiraan 1 sampai 3 mengaku siapa tak kenal Mick Foley a.k.a Mankind a.k.a Cactus Jack a.k.a Dude Love a.k.a manusia mutan yang mungkin Wolverine di alam nyata.

Of cos versi Hollywood lagi hensem..

Mick Foley atau nama sebenar beliau Michael Francis Foley merupakan antara wrestler paling terkenal di muka bumi.

Selain dari kerjaya yang sangat lama di arena wrestling, beliau juga terkenal dengan aksi-aksi berani mati yang kalau diikutkan beliau sepatutnya sudah lama mati — tetapi beliau masih hidup dan sihat walafiat.

Antara senarai kecederaan teruk & aksi berani mati beliau:

Dan juga:

Dan satu lagi:

Mick Foley mengaku bahawa kadangkala beliau juga agak goyang sebelum melakukan stunt-stunt gila beliau. Tapi mungkin kerana beliau tahu beliau adalah Wolverine, jadi beliau meneruskan juga aksi buang tabiat beliau.

Selain dari pernah patah hampir separuh dari semua tulang dalam badan & kehilangan bergelen-gelen darah, Mick Foley juga masih kelihatan sama seperti zaman wrestling beliau walaupun kini beliau sudah berumur 50-an.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…