PANGG!!!

Muka Muthu (bukan nama sebenar) ditempeleng dengan keras oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor.

“Oi, baik kau cakap kat mana kau park van kau!!” Jerit pegawai tersebut ke muka Muthu.

Muthu terus mendiamkan diri. Sebagai seorang runner dadah veteran, pukulan dan herdikan oleh pegawai polis merupakan ‘makanan’ dirinya. Tambahan pula, dia tahu risiko yang akan dihadapi oleh setiap snitch.

Reaksi Muthu menambah api kemarahan pegawai tersebut.

“Bangsat! Naya kau ni!” Herdik pegawai tersebut sambil menghayunkan kaki ke kepala suspek…

“AMIR JANGAN!!”

Amir, pegawai polis yang hampir melunyaikan kepala Muthu tersentak dan dengan serta-merta berhenti.

Muthu mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lagi pegawai polis undercover tercegat di hadapannya — kemungkinan pegawai tesebut berpangkat ASP melihatkan reaksi hormat dari Inspektor tadi.

“Cara ini tidak berkesan, bah. Dia ini sudah lali sama kena belasah…” Kata pegawai yang baru tiba tersebut dengan tenang.

“Kena cuba cara lain ini. Kamu dan kamu, pegang dia dan bukak mulut dia…” Tambah pegawai tersebut.

Muthu kaget manakala beberapa anggota polis menurut perintah pegawai mereka. Naluri Muthu mengatakan bahawa shit gonna get more fucked up.

“Ooo, kamu degil ya…” Kata pegawai tersebut. Mulut pegawai kemudiannya tekumat-kamit membaca sesuatu.

HAKK PUIH!!

Pegawai itu meludah padu masuk ke mulut Muthu. Muthu blur. Dia masih belum jelas dengan keadaan yang sedang terjadi. Apa yang jelas ialah dia menelan ludah seseorang yang bukannya seorang awek.

“Sekarang, aku tanya sama kamu. Di mana van kamu? Di mana dadah kamu?” Tanya pegawai tersebut sekali lagi.

Muthu cuba mendiamkan diri. Tetapi mulutnya tidak boleh dikunci. Ada sesuatu yang seakan-akan mengawal dirinya. Muthu masih tidak mahu mengalah… Dia masih mencuba untuk tidak bercakap… Tetapi…

“Van saya park kat level 3, Tuan…”

Muthu pasrah….

****

Sebagai warga Nusantara, kita mungkin tidak boleh menolak 100% kewujudan penggunaan elemen supernatural & mistik di kalangan anggota ber-uniform — baik polis mahupun tentera.

“70 tahun wa jaga lu semua… Kau hado?”

Tetapi bagaimana pula jika ia turut diamalkan oleh tentera moden dari negara lain seperti di barat?

Jom kita imbau 3 tentera moden yang cuba memenangi perang dengan bantuan elemen-elemen supernatural serta mistik.

3. ISIS Masih Mencari Senjata Pemusnah Ajaib

Memandangkan dewasa ini ramai ostad-ostajah Facebook yang mengerumuni ruangan komen Pisang Doh, kami tidak mahu berdebat kosong menggunakan perasaan mengenai siapa sebenarnya ISIS.

Cuma, kami ingin berkongsi bahawa ISIS sedang giat mencari sejenis bahan yang dinamakan “Red Mercury atau merkuri merah — sejenis bahan kimia yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ostad-ostajah FB boleh start gugel dan cari… Mana tau boleh jadi super rekrut ISIS….

Selepas kejatuhan Soviet Union, sebuah khabar angin telah tersebar luas mengenai sejenis serbuk merkuri yang dicipta oleh USSR. Menurut khabar angin tersebut, merkuri merah merupakan kompaun yang tidak berbahaya. Tetapi jika diletakkan pada bahan letupan biasa, ia boleh menghasilkan letupan yang sama kuat dengan bom nuklear.

Cut cost, high impactBusiness!

Walaupun bunyi khabar angin itu ber-standard cerita gebang budak sekolah rendah, ia tidak menghalang ISIS dari meletakkan bajet setinggi USD 4 juta kepada seorang penyeludup senjata pada tahun 2014.

Ibarat seorang penjual kasut Instagram yang menerima order khas untuk mencari benang sependa Eric Cantona, penyeludup tersebut agak terkesima dan tidak faham akan request tersebut. Lalu, pihak ISIS menghantar gambar contoh melalui WhatsApp.

Hmmm… sebenarnya deskripsi tali sependa Eric Cantona pun lagi jelas dari gambar ni…

Mungkin beliau (penyeludup) tak berapa berani untuk menjadi seorang yang “berkata benar walaupun pahit” terhadap ISIS dengan menyatakan bahawa kumpulan tersebut sebenarnya membuat request bangang — beliau memberitahu ISIS, beliau berjaya menjumpai connection yang mempunyai serbuk ajaib tersebut.

Tetapi, ‘connection‘ beliau tidak mahu menjual bahan tersebut kerana “ada standard yang perlu dijaga”.

To be fair terhadap ISIS, mereka bukanlah group pertama yang dikencing oleh khabar angin mengenai kewujudan serbuk ajaib tersebut.

Seperti setiap khabar angin dan berita palsu, details dan info mengenai Red Mercury sentiasa berbeza dan berubah-ubah. Ini memaksa saintis untuk mencari setiap sampel yang kononnya merupakan serbuk ajaib tersebut dan sehingga kini ia masih dikategorikan sebagai mitos.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Selain dari ubat kuat untuk bom, Red Mercury juga diwar-war sebagai cecair yang boleh menghalang radar dan mempunyai 1001 kegunaan.

Jadi, tak salah kalau kau nak assume yang Red Mercury juga mungkin salah satu dari 11 herba rahsia dalam resipi ayam kepci.

2. British Merekrut Ahli Nujum Untuk Meramal Strategi Hitler

Antara elemen terpenting untuk menang perang adalah dengan meramal pergerakan yang akan dilakukan oleh musuh.

Selain dari meramal strategi, logik dan kemampuan pihak musuh, seorang jeneral yang hebat juga sepatutnya tahu bila nak berlagak dan mengeluarkan deklarasi bongkak agar tidak memakan diri.

Allahu… Gambar sekadar hiasan untuk mencuci kolam jiwa kau.

Tetapi, bagaimana jika musuh kau tidak berpandukan logik sebaliknya lebih suka mempercayai ahli nujum, membaca bintang serta melihat kad tarot?

Itu apa yang dirasakan oleh British sewaktu perang dunia kedua.

Hitler, watak musuh utama merupakan seorang yang lebih gemar membuat keputusan perang berdasarkan firasat dan petanda daripada menggunakan logik perang. Malah, kor risikan tentera British melaporkan bahawa Hitler seringkali mengunjungi Karl Ernst Krafft, seorang ahli nujum terkemuka dunia ketika itu.

“Dukun jampi baca ayat quran tajwid tunggang-langgang hang percaya, ceq tak juai agama hang tak maw caya?”

Apabila mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Louis de Wohl, seorang ahli nujum merasakan bahawa beliau boleh menyumbang (dan menarik duit serta gelaran) kepada pihak British.

Beliau membuat proposal kepada unit tentera khas yang dipanggil Special Operations Executive (SOE) di mana beliau akan menggunakan kuasa nujum beliau yang super-real untuk meng-scan apa yang telah dinasihatkan oleh Krafft kepada Hitler — dengan cara ini, SOE dapat meramal pergerakan tentera Nazi dengan lebih efektif.

Louis de Wohl berjaya menghasilkan sebuah laporan khas mengenai horoskop dan ramalan ke atas Hitler serta beberapa pemimpin dunia yang lain.

Namun sayang bagi beliau, projek tersebut digantung serta-merta disebabkan sikap Louis de Wohl sendiri yang tidak pandai menyimpan rahsia serta sering berlagak kepada orang awam mengenai ‘sumbangan’ beliau kepada tentera.

Lebih kelakar, rupa-rupanya Hitler bukan seorang fanboy Karl Ernst Krafft seperti yang disangka.

1. Nazi Obses Dengan Senjata Agung Dari Mitos

Sean Munger

Kalau kau merupakan kaki action movie tegar, kau mungkin pernah menonton filem Constantine dan pasti kau perasan mengenai sebilah lembing yang kononnya digunakan untuk menikam Jesus.

Sorry bang, tak ingat. Yang aku ingat devil dia cool gila dengan sut putih….”

Jika kau merupakan seorang kaki filem Marvel pula, kau pasti ingat watak Red Skull dari filem Captain America. Selain dari berwajah tak semenggah, Red Skull mempunyai hobi untuk mengumpul artifak-artifak istimewa dari serata dunia.

“Babi, panjang lak muqaddimah kau ni Min. Get straight to the point please.” Mungkin ini apa yang kau rasa setelah menghabiskan 11 minit dari waktu bekerja kau untuk sampai ke perenggan ini.

Well, persamaan di antara Nazi dengan Red Skull ialah mereka mempunyai hobi yang sama — sehingga Nazi mempunyai sebuah divisyen yang dikenali sebagai Ahnenerbe (“Inheritance Of The Forefathers“) atau untuk kau yang sentiasa gagal berbahasa Inggeris, sila guna Google Translate. Hehe.

Tugas utama Ahnenerbe adalah untuk mencari dan mengumpul apa sahaja jenis objek dan artifak yang mempunyai kemungkinan ada kuasa magis dan mistik untuk membantu Nazi memenangi perang.

Antara objek atau lagenda yang pernah unit ini cari ialah Thule, sebuah lokasi mitos yang dipercayai merupakan asal usul kaum Aryan, dan, uhh menempatkan kaum gergasi… Juga dalam shopping list Hitler adalah The Ark of Covenant, sebuah artifak simbolik yang mempunyai maksud signifikan berkaitan hari kiamat serta Holy Grail, sebuah artifak mistik dalam agama Kristian.

Namun, artifak paling power dan penting bagi Hitler ialah The Spear of Destiny — juga dikenali sebagai Holy Lance. Dem, nasib baik orang putih tak tahan nyamuk dan bomoh Melayu… Kalau tak confirm Hitler dah mari sini nak cari Taming Sari atau hantu raya.

Nota editor: bukan Pick of Destiny.

Seperti yang dikatakan pada perenggan di permulaan section ini, Spear of Destiny dalam mitos merupakan lembing yang digunakan untuk menjadikan ayat “sila meninggal” realiti kepada Jesus.

Lembing ini dikatakan pernah bertukar tangan dari seorang pemimpin ke pemimpin yang lain. Antaranya Maharaja Barbarossa, Raja Alaric dari Visigoths dan Charlemagne, yang (kononnya) memenangi kesemua 47 perang semasa menggunakan lembing tersebut. Charlemagne cuma berjaya dibunuh selepas menjatuhkan lembing tersebut.

Nasib baik lembing… Kalau Jesus mati sebab kencing manis, habis teh tarik and mamak kita dia kebas….

Lagenda mengatakan bahawa pemegang lembing tersebut akan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia — sebuah stori yang sangat seksi untuk seseorang yang bercita-cita menawan dunia seperti Hitler.

Namun begitu, Hitler gagal menemui lembing sebenar dan hanya mempunyai replika gred tertinggi sahaja dan pada tahun 1945, tentera AS merampas replika tersebut untuk Amerika… Dalam masa yang sama Hitler membunuh diri dalam bunker beliau.

“Mungkin barang tak ori… Tapi legend dan feel-nya cukup ori…” – Kingafiqq


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…