Filem Telugu sering dikaitkan dengan scene merapu yang boleh membuatkan kau terkesima dan kagum.

Klasik!

Namun tidak adil jika kita hanya menunding jari dan meletakkan label bahawa hanya filem-filem dari Selatan India sahaja yang mempunyai efek merapu.

Seperti yang pernah kami nyatakan sebelum ini, efek tidak semenggah boleh terjadi kepada mana-mana pembikin filem yang mempunyai bajet kecil.

Tetapi, apa yang kami ingin kongsi kali ini bukanlah mahu merendahkan usaha-usaha penggiat filem di serata dunia.

Sebaliknya, kami sebenarnya keliru samada mereka benar-benar tidak mempunyai bajet atau mereka sebenarnya genius dalam menghasilkan lawak merapu.

Pakai pisang, bang! Kau faham tak perasaan kitorang?

So, bersiap-sedialah untuk bergelak ketawa.

Oh ya, sesetangah dari scene merapu di bawah mempunyai adegan ngeri. Tapi kalau perut kau kosong & tak dipenuhi maggi atau kepci tapau, apa ada hal.

6. Kuda Pun Boleh Drift — Filem Alluda Majaka! (1995)

Devi Films

Jika kau rasa scene kejar mengejar dalam siri Fast & Furious dah tak masuk akal, maknanya kau belum pernah tonton Alluda Majaka! — sebuah filem yang menampilkan hero yang lebih jantan dari Dominic Toretto.

Filem ini merupakan filem komedi seksual yang tak berapa power secara keseluruhan. Tetapi ia menampilkan adegan kejar mengejar yang lebih gempak dari kesemua filem di bawah francais Hollywood.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Watak hero filem ini sedang dalam perjalanan menuju ke tempat hukuman mati akibat difitnah membunuh. Kenderaan polis yang beliau naiki bergerak melepasi majlis perkahwinan kawan wanita si hero…

… Dan tak tau kenapa, ibarat dirasuk Ifrit, beliau mula kalut untuk melepaskan diri dan membuat jip terpelanting menggunakan sebatang kayu sambil tangan digari.

Devi Films

Hero kita kemudiannya menunggang kuda untuk melarikan diri, tetapi — alamak, ada lori trailer menghalang jalan!

“Apa ada hal? Jalan terus!” Mungkin kata kuda tersebut kepada sang hero. Dan terjadilah adegan ini:

Devi Films

Ya bang, mereka melakukan drift sereng melalui bawah trailer dengan penuh stail.

Untuk mengatakan bahawa kuda tersebut mungkin tunggangan para wali adalah keterlaluan — tetapi apa lagi adjektif yang boleh kau guna untuk scene di atas?

Tak cukup dengan skil drift, hero kita dan kuda ajaib beliau merentasi bas sebelum mengakhiri adegan kejar-mengejar dengan letupan gempak.

Devi Films
90% dari kau yang naik KTM waktu peak hour teringin nak buat benda ni
Devi Films
Misi fuck up majlis kahwin ex-skandal beliau: BERJAYA!

5. Buah Pic Vs. Tentera Syaitan — Filem Magic of Spell (1988)

Filem dari Taiwan, Magic of Spell merupakan filem genre fantasi yang mengisahkan pengembaraan seorang budak cina bernama “Peach Boy“, menentang ahli sihir jahat.

Ibarat filem spastik yang sempurna, kejahatan ahli sihir tersebut digambarkan melalui nama istananya iaitu “Devil Palace”.

New Ship Film Enterprise
… Atau dalam bahasa Melayu diterjemah sebagai “Seri Perdana”.

Ahli sihir tersebut juga suka mandi darah untuk mengekalkan awet muda. Tetapi, ia bukanlah scene paling merapu dalam filem tersebut.

Sebaliknya scene fighting di antara Peach Boy dan tentera syaitan yang berkhidmat untuk ahli sihir merupakan klimaks merapu yang sepatutnya kau tonton.

Untuk melawan tentera syaitan, Peach Boy menggunakan kuasa magis dan menyeru sebiji buah pic ajaib dan misteri.

New Ship Film Enterprise
Biar betul translator filem ni… Peach Boy ke Pungkok Boy??

Ada di antara tentera syaitan yang memandang rendah rupa comel buah pic tersebut — dan mula menyerang sebelum menyesal…

New Ship Film Enterprise

Disebabkan terlalu banyak tenaga serta effort yang perlu diambil untuk melanggar sedozen tentera syaitan sehingga mati, buah pic tersebut menyerang menggunakan…

… Laser!

New Ship Film Enterprise
New Ship Film Enterprise
“Kalau doa senjata orang mukmin, laser pula senjata Peach Boy, madefaker!!”

4. Serangan Bebola Iblis — Filem Drunken Wu Tang (1984)

Lo Wei Motion Picture Company

Sebelum era filem Telugu, sebanarnya filem bergenre kung-fu memonopoli ranking filem-filem merapu yang gila babi.

Antara yang paling merepek ialah filem Drunken Wu Tang. Apa yang membezakan filem ini dengan filem-filem kung-fu merapu yang lain adalah watak yang sepatutnya menjadi bintang utama: The Watermelon Monster

Lo Wei Motion Picture Company

… Atau The Banana Monster, menurut subtitle filem ini. Well, kedua-dua nama sebenarnya langsung tiada kena mengena rupa ibarat bebola dari neraka tesebut.

Bebola tersebut merupakan penjaga kuil dalam filem ini. Selain dari kebolehannya melanggar kau ibarat peluru meriam, ia juga mampu mengeluarkan sesungut yang menyerang tetek hero.

Lo Wei Motion Picture Company
Tetek lelaki pun jadi woi

Sesungut tersebut juga digunakan sebagai cangkuk untuk mencapai senjata. Dalam filem tersebut, tiada siapa yang mampu menewaskan sang bebola iblis.

Lo Wei Motion Picture Company

Mungkin kalau pengarah filem ini genius, dia boleh buat sekuel bertajuk, “Bebola Iblis Vs. Buah Pic Ajaib”…


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…