Seperti yang kami telah nyatakan pada bahagian pertama artikel ini, bukan pembikin filem Telugu sahaja yang merupakan ‘specialist in merapu’.

Apa? Belum baca? Jangan main hal. Anda boleh baca di sini.

Okay, untuk semua yang dah baca, kami kongsi lagi 3 scene merapu dari filem yang bukan sahaja filem Telugu.

Semoga anda semua ceria dan mampu meneruskan hari tanpa stress yang melampau.

3. Ong Bak Versi Kanak-Kanak — Filem Power Kids (2009)

Magnolia Pictures

Jika di Malaysia, apabila seorang pengarah filem/drama mula menggunakan tema “Suamiku seorang…” ia akan menjadi trend yang wajib diikuti oleh pembikin filem/drama tempatan yang lain.

Manakala di Thailand, tema atau trend yang akan ditiru oleh pembikin kreatif adalah tema seni bela diri muay thai — dan mungkin untuk mengelak dari dituduh meniru, salah seorang pengarah menggantikan Tony Jaa dengan…

… Budak-budak…

Filem Power Kids menampilkan sekumpulan kecil kanak-kanak yang belum akil baligh melawan sekumpulan pengganas. Kanak-kanak ‘ajaib’ ini terpaksa merempuh masuk dan membebaskan sebuah hospital yang ditawan pengganas.

Mesti kau tertanya-tanya apa yang menyebabkan mereka meninggalkan iPad untuk pergi berjuang.

Jawapannya: Kerana salah seorang dari rakan mereka merupakan pesakit di hospital tersebut.

So, kumpulan kanak-kanak tersebut membelasah geng terrorist seperti kau membelasah nasi sewaktu iftar.

Magnolia Pictures
Magnolia Pictures
Magnolia Pictures
“Aku bukan Tony Jaa! Aku Tony SAHAJA!”

Ya bang, mata kau tak salah. Apa yang kau nampak pada scene di atas ialah salah seorang dari kanak-kanak tersebut memijak kepala penjahat sebelum mencapai lampu dan menghentak kepala penjahat malang tersebut.

Penjahat malang tersebut terus dibuli oleh dua orang kanak-kanak sebelum budak cool yang menghentaknya menggunakan lampu, mengakhiri riwayatnya dengan menendang penjahat tersebut keluar dari bangunan.

Magnolia Pictures
Magnolia Pictures
Terrorist filem pertama yang patut terima simpati dari penonton…

Kesimpulannya, filem ini adalah seakan-akan Home Alone — jika budak mat saleh tersebut belajar muay thai dan bukannya mencipta perangkap.

2. Polis Belasah Geng Pakai Tiang Lampu — Filem Singham (2011)

Reliance Entertainment

Kalau kau sangka Bollywood lebih ke arah filem yang lebih berkualiti berbanding Telugu mahupun filem-filem Tamil — kau sebenarnya tersilap.

Dalam filem Singham, watak utama, Bajirao Singham naik darah dengan samseng-samseng jalanan kerana menjadi samseng adalah melanggar undang-undang.

Disebabkan mahu menegakkan undang-undang, hero kita melanggar undang-undang dengan merosakkan harta benda awam untuk membenteras kegiatan samseng-samseng tersebut.

Reliance Entertainment
“Niat memang menghalalkan cara!”

Menggunakan kudrat yang ada, beliau mencabut tiang lampu. Secara semulajadinya, mana-mana samseng akan hilang keberanian dan melarikan diri. Tetapi hero kita masih belum puas…

Reliance Entertainment
“Baik aku elak, aku tak dapat OT, budak sebelah dapat…” Kata hati kecil abang extra berkepala botak

Beliau kemudian menyangkutkan tiang lampu pada stereng — dengan ketepatan pusingan yang cukup untuk membuat jip yang dinaiki samseng melayang tanpa mencederakan orang ramai.

Reliance Entertainment
Sebijik macam yang dia belajar kat Pulapol dulu

Ada sebabnya hero kita menggunakan tiang lampu dan tidak menampar samseng-samseng tersebut, kerana efek tamparan dari Singham sebenarnya lebih bullshit:

Reliance Entertainment

1. Paling Brutal, Ngeri & Berdarah — Filem Riki-Oh (1991)

Golden Harvest

Apabila seorang pengarah cuba mencipta sebuah filem adaptasi dari manga Jepun tanpa ada beza langsung dari segi efek, terhasillah filem-filem seperti Riki-Oh: The Story of Ricky — sebuah filem yang sangat gory tetapi merapu.

Ricky yang dipenjarakan akibat membunuh, terpaksa berhadapan dengan ramai orang yang dahagakan darah beliau.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Filem ini mampu mencabar logik akal kau dan mempunyai terlalu banyak scene merapu yang boleh kami paparkan di sini. Antaranya, tumbukan Ricky yang sangat padu sehingga mata lawan beliau terkeluar dari soket…

Golden Harvest
Dalam dunia sebenar, yang tercabut itu adalah contact lens

… Dan lawan Ricky menjerut beliau menggunakan usus sendiri.

Golden Harvest

Disebabkan level bullshit & WTF yang ada pada filem ini, maka tidak hairanlah jika perlawanan final Ricky adalah berhadapan dengan warden penjara — yang kemudiannya bertukar menjadi raksasa.

Golden Harvest
Ibarat ahli politik sebelum pilihanraya
Golden Harvest
Ini pula ahli politik selepas menang pilihanraya…

Seperti yang dijangka, Ricky akhirnya berjaya menewaskan raksasa tersebut.

Tetapi yang tidak dijangka, beliau menewaskan raksasa tersebut dengan mencampaknya masuk ke dalam grinder daging yang ‘kebetulan’ ada di situ.

Golden Harvest
Dan dan je

Filem ini berjaya diiktiraf sebagai filem yang tak sesuai ditonton sewaktu kau dan keluarga sedang makan kerana:

Golden Harvest
Golden Harvest
Blok C makan menu daging for the first time sepanjang minggu tersebut…

Filem ini berakhir dengan Ricky menumbuk dinding penjara sehingga berlubang sebelum melarikan diri… Benda yang beliau sepatutnya dah buat awal-awal lagi….


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…