Rompakan dan kecurian bukan perkara yang kelakar. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan serta kematian.

Namun kami di Pisang Doh memikul antara tanggungjawab yang paling berat di muka bumi; iaitu cuba membincangkan hal serius tetapi masih mampu membuat anda tersengih.

Jadi, dalam setiap kes rompakan berjaya selalunya hanya penjenayah yang akan ketawa besar. Bagaimana pula dalam kes-kes yang berjaya dikantoikan?

Dalam artikel ini, anda akan dapat melihat bukti bahawa karma itu wujud.

Terpulanglah kepada anda samada nak ketawa, kesian atau pun memaki dalam hati terhadap semua perompak malang yang disenaraikan di bawah.

5. Perompak Yang Menyangka Mendapat Kokain

Kalau di Malaysia, kebanyakan kecurian dan rompakan selalu dikaitkan dengan kegiatan penagih a.k.a Mat Pit.

Jangan tersilap, walaupun orang-orang Barat itu bangsa yang sangat agung di belakang minda kita (melainkan jika kulit mereka hitam), negara mereka juga tidak terlepas dari gejala rompakan oleh Mat Pit.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Di California (AS), sekumpulan perompak memecah masuk rumah seorang nenek yang tinggal bersendirian. Semasa sedang menggeledah rumah nenek tersebut, mereka menemui beberapa balang yang dipenuhi dadah jenis kokain.

Jiwa Mat Pit mereka melonjak kegembiraan dengan penemuan tersebut dan mereka terus membawa kokain tersebut pulang ke markas dan enjoy.

Tetapi apa yang pelik, mereka tidak stim selepas berkali-kali ‘menarik’ kokain tersebut. Mereka membuang kokain tersebut yang kemudiannya ditemui pihak polis dan mereka ditangkap.

Rupa-rupanya, ‘kokain’ yang mereka sangkakan ialah abu mayat mendiang bapa nenek tersebut dan lebih teruk lagi, salah satu balang mengandungi abu bangkai anjing milik nenek tersebut.

Enjoy tak bang? Macam stim je.

4. Perompak Yang Pengsan Sewaktu Merompak Bank

Perkara paling penting dalam kerjaya merompak ialah cara melarikan diri selepas melakukan rompakan. Apatah lagi jika seseorang perompak mahu menjadikan bank sebagai sasaran.

Sebab tu dalam filem-filem Hollywood, scene merancang rompakan bank ditayangkan sebagai proses yang sangat rumit.

Tetapi seorang perompak bank di Ohio (AS) telah berjaya memalukan perompak-perompak bank sedunia kerana pengsan secara mengejut semasa merompak bank di kawasan tersebut.

Betullah kata pepatah orang-orang tua kita — malang tidak berbau.

Cuma yang kami respect, sewaktu kerani bank menelefon ambulan untuk membawa perompak tersebut ke hospital, encik perompak sempat meminta wang melalui nota yang ditulis olehnya disebabkan kesukaran untuk berkata-kata.

3. Perompak Yang Dijadikan Hamba Seks

Betul bro, kau tak baca title tu salah. Bukan mangsa rompakan yang dijadikan hamba seks. Tetapi sebaliknya sang perompak.

Tambah kelakar, perompak  yang dirogol dan dijadikan hamba seks tersebut ialah seorang lelaki. Manakala, pemangsa dan perogol ialah seorang wanita.

Bukan dia ni, dia ni dah insaf

Viktor Jasinki, seorang lelaki dan samseng tipikal di Rusia cuba merompak sebuah salun dandanan rambut berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Of cos, si Viktor ni merasakan kerjanya kali ini akan menjadi sangat mudah. Biasalah, salun untuk perempuan, tiada pekerja selain owner, owner pun perempuan – MUDAH!

Ingat! Fikir positif, nescaya buat PhD pun MUDAH

Tetapi, mungkin teknik minda positif Viktor masih belum mencapai level PhD kerana owner salon tersebut menjatuhkan badan dan ego lelaki Viktor dengan sedas sepakan padu sahaja.

Rupa-rupanya, owner salon tersebut yang bernama Olga merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam seni karate.

Tetapi Olga tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Sebaliknya, beliau memilih untuk memuaskan nafsu serakah beliau.

Viktor dirogol berkali-kali selama 3 hari dalam sebuah bilik kecil di salon tersebut dan hanya diberi makan Viagra untuk memastikan adiknya sentiasa cerdas.

Selepas Olga puas, beliau melepaskan Viktor dan memberinya wang poket sebanyak RM70 kalau mengikut nilai Ringgit pada waktu itu.

Sejurus selepas dilepaskan, Viktor membuat laporan polis dan kedua-dua Viktor serta Olga ditahan pihak polis.

#RelationshipGoal

Sewaktu ditangkap oleh pihak polis, Olga membuat kenyataan mengenai Viktor yang kami terjemahkan mengikut Bahasa Melayu Tinggi;

“Jilake punya jantan. Aku siap belikan seluar baru & bagi duit kot. Buat report jugak”.

Kak Olga, Kak Olga.

2. Perompak Yang Merompak Tempat Lepak Samseng Jalanan

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Jika sepasang perompak di Australia memahami peribahasa ini, sudah tentu kejadian ini takkan berlaku.

Pada tahun 2008 di Sydney (AUS), dua lelaki membawa parang panjang cuba merompak sebuah bar yang nampak kosong.

Well, korang dah baca artikel ni sampai topik ni, so korang dah boleh agak — pasti ada spoiler.

Ya, spoiler nya datang dalam bentuk 50 orang ahli geng motosikal yang mempunyai port lepak tersembunyi di bahagian belakang bar tersebut.

Kalau anda melihat video rakaman CCTV kejadian tersebut, anda boleh melihat perubahan yang sangat mendadak. Ketika perompak berdua ni masuk, mereka kelihatan sangat konfiden.

Scene biasa untuk pekerja-pekerja 7e

Tapi apabila salah seorang dari mereka pergi belakang, konfiden itu hilang serta merta.

HAMEK KAU!

Ahli-ahli geng motosikal di bar tersebut mengejar, membelasah dan berjaya menangkap salah seorang dari perompak tersebut. Manakala yang seorang lagi ditangkap di daerah lain oleh pihak polis.

1. Perompak Yang Merompak Rumah Peliwat Bersiri

Cuba teka, apa yang lagi teruk dari dirogol oleh perempuan seperti dalam kes Viktor? Jawapannya diliwat oleh lelaki.

Especially kalau peliwat ghupenye cam gini:

Bak datang la. Confirm besar lengan ni

Garfield Morgan (54 tahun) dan Kim Gorton (36 tahun) mempunyai kerjaya perompak yang berjaya. Mereka telah memecah masuk ratusan rumah.

Tetapi, sebuah rumah yang telah mereka pecah masuk mungkin menginsafkan mereka, sambil mencalarkan jiwa raga mereka sebagai lelaki.

Garfield dan Kim telah memecah masuk sebuah rumah di Florida (AS). Tanpa mereka ketahui, rumah tersebut dimiliki oleh Harry Harrington, yang juga dikenali di penjara sebagai The Wolfman.

Nama pun The Wolfman woi! Mesti bapak ganas dia ni.

Oh, perlu diingatkan bahawa sang Harry pernah duduk di penjara selama 10 tahun kerana merogol dan meliwat ramai lelaki..

What the fuck?!

Harry yang mempunyai susuk tubuh sebesar The Rock, dengan mudahnya membelasah kedua-dua pencuri tersebut.

Aksi seterusnya telah berjaya menobatkan Garfield dan Kim sebagai perompak paling malang di atas muka bumi. Mereka berdua diikat, dibelasah dan diliwat berkali-kali selama 5 HARI!

Mereka berjaya diselamatkan kerana jiran Harry terdengar rintihan sayu mereka. Walaupun berjaya diselamatkan secara zahir oleh pihak polis, tiada siapa yang mampu menyelamatkan batin mereka.

Mungkin mereka perlukan latihan aura positif alam semesta

Apabila ditangkap, The Wolfman mengeluarkan kenyataan paling legend:

“Mereka memecahkan pintu belakang rumah aku, jadi aku pecahkan ‘pintu belakang’ mereka!”


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…