Cepat! Dalam kiraan 1 hingga 3, apakah makhluk yang bersaiz kecil tetapi mempunyai kebolehan atau kemampuan yang besar?

jika jawapan kau mempunyai unsur-unsur seperti makhluk halus, punai atau zakar, maka kepala kau layak ditepuk.

Tidak kira apa yang digembar-gembur oleh penjual ubat kuat, bekas girlfriend atau bekas bini kau, saiz BUKAN segala-galanya. Benda atau makhluk kecil masih mampu melakukan perkara luar biasa.

Tak percaya?

Jika kau jenguk ke luar (atau Google) menjangkaui cubicle pejabat kau, kau akan menyedari hakikat yang alam semulajadi telah membuktikan bahawa teori ini betul.

Sama seperti di dunia manusia, makhluk-makhluk bersaiz besar dan sado dalam dunia haiwan seperti gajah, badak dan gorilla tidak mempunyai kemampuan istimewa selain tidak berotak, terlalu bergantung kepada fizikal, kuat makan, kuat berak serta kuat kencing.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Tetapi makhluk-makhluk yang terlalu kecil — sehingga kadangkala kau tak akan berhenti sejenak untuk menjentik ‘mereka’ terbang — yang sebenarnya mempunyai kemampuan mengagumkan seperti:

5. “Water Boatman” Adalah Antara Makhluk Paling Bising

Okay, sebelum anda meneruskan pembacaan anda, ingin aku menghulur sepuluh jari memohon maaf akibat mengeluarkan amaran di permulaan artikel ini — kerana kita tak boleh lari dari berbincang mengenai punai.

Water boatman merupakan sejenis serangga yang biasanya anda boleh jumpa di permukaan air tenang — dan ia ibarat riang-riang versi mini.

“Siapa tahu natang ni BM dia apa?” – Penulis

Walaupun water boatman hanya mampu membesar sehingga ke saiz sebutir gandum, jangan kau pandang rendah sama dia: Water boatman merupakan antara makhluk yang paling bising di dunia.

Dan mereka menghasilkan bunyi bising tersebut… menggunakan punai.

Seperti kau yang boleh terangsang apabila melihat wanita cantik, water boatman juga akan mengalami sindrom yang sama apabila mengesan kehadiran sang betina di dalam kolam yang didiaminya.

“Heheheh, mana ade la admin…”

Beza di antara kau dan water boatman pula ialah — sementara kau mungkin melakukan aktiviti mengocok di tempat tertutup — water boatman akan menayangkan kejantanannya di khalayak ramai… sebelum menghentak dan menggosok punainya (ehem) pada perut.

Aktiviti ini akan menhasilkan bunyi sekuat 105 dB iaitu bersamaan dengan kekuatan bunyi gergaji memotong kayu.

Mungkin saintis yang menemui ‘rahsia silat serangga’ ini terpaksa melakukan ujian berulang kali bagi memastikan result itu bukanlah prank dari intern mereka.

Dan antara sebab kenapa telinga kau tak pekak apabila sang water boatman membuat ‘persembahan’ konserto punai mereka adalah kerana bahagian bawah badan mereka selalunya berada di dalam air — dan air menyerap hampir 99% dari bunyi yang dihasilkan.

4. “Salps” Mampu Membentuk Koloni Sebesar Negara

Salps atau salpa adalah sejenis plankton yang mendiami lautan dan makhluk ini jarang membesar melebihi 4 inci.

Tetapi apabila bertrillion-trillion mereka berkumpul bersama, ia dapat membezakan darjat di antara salps dengan makhluk-makhluk bersaiz tidak melebihi 4 inci yang lain.

Well, selalunya memang makhluk yang bawah 5 inci tu tak power mana. Hihi

Satu kolompok koloni salps boleh memenuhi kawasan seluas 38,600 batu persegi. Oh, ia bersamaan dengan 18,500,000 padang bola sepak atau hampir sama dengan keluasan saiz negara Korea Selatan.

Dengan kemampuan yang mengagumkan ini, sepatutnya salps boleh dikira sebagai kuasa besar yang mampu mengambil alih dunia ini.

Sebelum kau mula excited untuk menyertai jihad melawan salps, perlu diingatkan bahawa makhluk ini bukan sahaja harmless… mereka juga ‘memakan’ karbon dioksida.

Kebanyakan karbon dioksida (CO2) di atmosfera kita diserap oleh lautan sebelum diserap oleh organisma yang bernama phytoplankton. Tetapi CO2 akan kembali dilepaskan apabila organisma tersebut mati.

Haa, di sinilah peranan salps. Organisma tersebut merupakan makanan salps. Jadi salps akan memakan phytoplankton dan kemudian memproses CO2 menjadi butiran yang akan tenggelam ke dasar laut.

Bila kali terakhir berak kau memberi manfaat pada makhluk lain kecuali cacing dan lalat?

Salps yang berak pun boleh selamatkan bumi dan tak pernah salahkan sesiapa, kau yang tak seberapa semenggah tu ada hati nak salahkan ahli politik la, suami la, boss la, Yahudi la…

3. Ejakulasi Kulat “Hat-Thrower” Seperti Meriam

Pilobolus crystallinus merupakan sejenis kulat mikroorganisma yang hidup pada najis haiwan pemakan rumput seperti kuda dan lembu.

Ia juga dikenali sebagai hat-thrower kerana bunyinya yang kuat.

Bunyi apa?

Oh, tak ada apalah. Cuma bunyi yang terhasil apabila kulat ini melepaskan spora ketika proses pembiakan.

Pilobolus merupakan ‘meriam’ mikro dan boleh memancutkan spora sejauh 6 kaki. Jika kita membuat perbandingan di antara saiz pilobolus dan manusia biasa, ia ibarat kau berdiri di atas tanah dan berjaya memancutkan air mani setinggi dua Komtar.

Btw, tolong jangan cuba. Maceh.

Siapa cuba dia jilake!

Lebih mengejutkan, kelajuan pergerakan ejakulasi kulat ini boleh mencecah 88 km/j dan menjadikannya salah satu dari orgasmer paling pantas di dunia.

Ready bang, steady bang…

Oh, kau mesti nak tau kat mana ranking pancutan kita? Jangan risau, ranking kelajuan pancutan kita pun hambar seperti ranking bola sepak kita. Kelajuan ejakulasi manusia biasa tak boleh mencecah 45 km/j

Erm, okay la tu kan?

2. Burung “Snipe” Mampu Terbang 6800 Km Tanpa Henti

Burung snipe merupakan sejenis burung yang kelihatan seperti hasil kacukan di antara burung puyuh dan burung belatuk — dan mempunyai fizikal seperti seorang budak gemuk yang kemurungan.

“Pandang-pandang apa mat? Sepak kang!”

Jangan kau tertipu dengan rupa bentuknya kerana haiwan ini (atau nama saintifiknya, gallinago media) merupakan penerbang jarak jauh (endurance flier) yang paling pantas di dunia.

Burung ini akan melakukan migrasi tahunan dari Utara Eropah sehingga ke Sub-Sahara Afrika — sebuah perjalanan sejauh 6,800 km — tanpa henti selama dua hari.

Kelajuan burung ini bermigrasi adalah sepantas 97 km/j dan yang lebih menakjubkan, burung-burung ini tidak la rushing mana pun untuk sampai ke destinasi.

Perkara ini yang sering menyebabkan para saintis keliru. Ini kerana, kebanyakan spesies burung-burung yang bermigrasi tidak boleh berhenti terbang kerana perjalanan migrasi selalunya merentasi lautan.

Tetapi, perjalanan burung snipe merentasi kawasan darat dan ia dipenuhi dengan port-port untuk lepak dan chill sebelum meneruskan perjalanan.

Mungkin seperti budak-budak gemuk yang sering dikutuk di sekolah, burung snipe men-develop sikap untuk sentiasa membuktikan mereka sebenarnya power.

Cian.

1. Sejenis Hama Mungkin Mampu Bergerak Sepantas 2 Mach

Paratarsotomus macropalpis adalah nama sejenis hama yang berasal dari California Selatan. Disebabkan nama yang susah disebut oleh lidah melayu kita, maka cukuplah jika memanggil paratarsotomus sebagai hama power.

Kenapa hama power dan bukan hama biasa? Kau bakal tahu sebentar lagi.

Yang pasti, lebih power dari kau

Kalau cheetah merupakan makhluk darat paling pantas di muka bumi kerana mampu mencapai jarak 16 kali ganda kepanjangan badan cheetah dalam masa sesaat.

(Maknanya, jika seekor cheetah mempunyai badan sepanjang 1 meter, maka ketika top speed ia boleh menjangkau jarak sejauh 16 meter dalam masa 1 saat.)

Abang hama power pula bagaimana? Kalau cheetah 16 kali ganda kepanjangan badan, hama power pula mampu mencapai 322 kali ganda!

Disebabkan saiz kecil yang menyedihkan, hama power cuma mampu mencapai kelajuan 0.8 km/j. Tetapi, jika badan hama power sama saiz dengan abang Usain Bolt, ia mampu mencapai kelajuan 2 Mach a.k.a kelajuan supersonic.

Sumpah tak semenggah kalau natang ni besar

Nasib baik Tuhan itu maha adil. Kalau hama power ni saiz sama macam Usain Bolt, lebih laju dari pelesit dan rupa lagi ngeri dari lipas… Huish tak boleh bayang….


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…