Dunia ini indah.

Malah tersangat indah sehingga perkara-perkara biasa pun sebenarnya sangat indah jika diperhatikan dengan betul.

Cuma, sesetengah benda terjadi begitu pantas untuk otak dan mata kita yang semulajadi slow ini proses.

Namun, dengan kewujudan teknologi slow motion oleh sains, kita semua kini boleh menghargai benda-benda yang terjadi dengan lebih pantas dari Uqasha Senrose mencabut tudung.

Macam Chipsmore, kejap ada kejap tak ada

Ya, perkara-perkara biasa yang kami ingin kongsi bukanlah gambar efek shutter ‘I Love You‘ guna lighter macam yang kau selalu buat tu.

Kami janji, 6 perkara slow motion ni memang nampak gempak & memukau. Confirm hilang rasa pisang kau tu.

6. Spring Slinky Yang Dijatuhkan Nampak Terapung

Kalau kau lahir sebelum zaman Huawei P9, confirm kau pernah nampak benda ni kat pasar malam. Tetapi, jikalau kau cukup umur dan tak pernah tahu tentang kewujudan benda ni — samada kau terlalu kaya, atau terlampau miskin sehingga tak pernah ke pasar malam.

Benda ni dipanggil Slinky dan tolong berlaku jujur pada diri sendiri, hampir semua dari anda semua yang tak tau nama dia. Haha.

Slinky ini bukan satu permainan yang cool seperti Digimon & Kung-Fu Fighter, tetapi bila dijatuhkan secara slow motion:

Kan dah cakap, lagi cool dari tulis “I love you” guna lighter.

Apabila dijatuhkan, spring Slinky ini nampak seperti terapung sebelum sampai ke penghujung dan jatuh ke atas jalan.

Okay, mamat dalam gambar tu nobody dan bukannya manusia yang pandai buat trick seperti ahli silap mata dan ahli politik. Maknanya, efek ini akan sentiasa terjadi apabila Slinky dijatuhkan.

Nak tengok lagi power?

Sepantas ini juga sokongan kau pada Amirul Mukminin jatuh selepas duit BR1M habis.

“Ala, semua ni sebab graviti la”, kata Jamal cuba menunjuk pandai.

Kalau ada orang jawab macam di atas, kau boleh lepuk kepala dia tanda menghargai usaha berlagak pandai separuh jalan.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Sebenarnya, efek ini terjadi disebabkan beban Slinky telah diagihkan sama rata mengikut kepanjangan sebelum Slinky tersebut dijatuhkan. Daya graviti yang menarik keseluruhan Slinky ke permukaan bumi hanya akan terjadi selepas bahagian atas Slinky menyentuh bahagian bawah.

Tapi sebagai bani Melayu sejati, apa kita kisah kan? Janji menarik! Haha.

5. Lighter Yang Dinyalakan Ibarat Persembahan Bunga Api Mini

Anda semua yang sedang membaca artikel confirm ada lighter dalam pocket atau dalam rumah/office. Kalau ada hukuman penjara untuk pencuri lighter, penjara satu dunia pasti penuh sendat.

Walaupun anda perokok paling tegar atas muka bumi sekalipun; sudah pasti anda tak pernah berhenti sejenak untuk menikmati keindahan nyalaan lighter kau.

Kalau awek atau bini kau bising nak tengok firework show, kau tunjuk dia ni.

Ini efek slow motion apabila butiran-butiran besi cair berlanggar dengan satu sama lain.

Apabila lighter ditekan, injap kecil akan menolak gas Butane keluar dan percantuman dengan zarah oksigen menyebabkan pembakaran terjadi.

Kesemua proses saintifik yang kompleks ini terjadi dalam masa sesaat sebelum kau menyalakan rokok atau membakar bong batang betik.

Selain dari menyambung ukhwah, menjadi timer & mengukuhkan amalan berkongsi, merokok juga adalah satu seni. HeheYoutube | Slow Mo Lab
Selain dari menyambung ukhwah, menjadi timer & mengukuhkan amalan berkongsi, merokok juga adalah satu seni. Hehe.

4. Belon Pecah Pun Nampak Gempak

Apabila belon meletup secara tiba-tiba, situasi yang selalunya terjadi ialah bayi menangis kerana terkejut, makcik melatah dan menyumpah atau kedengaran istighfar dari pakcik yang lemah semangat — sehingga tiada siapa menyedari bahawa betapa uniknya proses letupan belon tersebut.

Ini kerana untuk melihat proses tersebut dengan jelas, ia perlu direkod pada kadar 2700 fps.

Belon pecah disebabkan udara yang menolak belon tersebut dari pelbagai arah. Jika belon tersebut pecah dari satu arah, ia akan kelihatan seperti ini:

Ada macam Pac-Man tak?

Manakala jika belon itu ditiup sehingga pecah dari pelbagai arah, ia akan kelihatan lebih menarik:

Mamat ni muka je nerd, tak goyang langsung bila belon pecah depan mata

Bunyi letupan yang terhasil adalah disebabkan faktor yang sama seperti bunyi letupan pistol; tekanan udara yang sangat kuat menghasilkan gelombang bunyi letupan. Cuma, apabila belon meletup ia selalunya tidak berbahaya — kecuali jika anda memasukkan gas Hidrogen:

Kalau belon ni, istighfar semua tak sempat semua dah lari

Bayangkan kalau belon tu skala gergasi:

3. Petir (Kadangkala) Menyambar Dari Bawah

Okay, panahan petir memang secara semulajadi nampak menakjubkan dan menakutkan.

Tapi apabila panahan petir itu datang dari tanah (ya, saintis telah membuktikan bahawa panahan petir bukan sahaja boleh datang dari langit sahaja) dan di-slow motion-kan, hasilnya:

Serangan balas dari pihak bumi kepada Kerajaan Langit Ayah Pin.

Tapi itu tidak bermakna panahan petir biasa kurang menarik:

Kalau nasib baik, terkena sedas mungkin kau boleh jadi genius macam Jamal

Nampak tak bagaimana aliran elektrik yang muncul sebelum BAAAM!! Sedas petir menyambar dan menggegarkan alam.

Jadi, untuk kau yang bermulut celupar tu (termasuk warga penulis-penulis di PisangDoh), disarankan anda melihat video ini.

2. Popcorn Nampak Seperti Kelahiran Alien

Popcorn sebenarnya lebih istimewa dari hanya sekadar kudapan bersama awek atau balak di panggung wayang. Ini kerana popcorn adalah satu-satunya makanan yang perlu diletupkan sebelum sedia dimakan.

Jika dirakam dalam keadaan slow motion, proses popcorn menjadi masak kelihatan seperti kelahiran anak alien:

Anak sulung ‘menetas’

Kadangkala, biji popcorn akan melompat dan terhasillah efek ini:

GIF ini lebih menarik dan menakjubkan dari keseluruhan kisah hidup selebriti Melayu

Proses saintifik yang terjadi sewaktu memasak popcorn sebenarnya sangat unik sehingga NASA mempunyai sebuah laman khas untuk menerangkan mengenai popcorn.

Kau yang rasa diri cukup menarik dan istimewa pun susah nak dapat awek & kerja tetap. Malu kat popcorn weh.

1. Pergerakan Cahaya Memang Memukau

Hampir semua orang tahu bahawa pergerakan cahaya merupakan antara pergerakan paling pantas yang pernah diketahui oleh manusia.

Ia hampir mustahil untuk direkod kerana untuk melihat sesuatu, mata dan kamera juga bergantung kepada cahaya.

Tetapi, sekumpulan saintis di MIT, Amerika Syarikat telah berjaya mencipta kaedah Femto-Photography yang menggabungkan laser, kamera teknologi tinggi, cermin dan err.. Botol Coke.

Maka mereka berjaya merekodkan pergerakan zarah cahaya pada kelajuan kamera 1 trillion fps. Kalau untuk anda yang kurang bijak, video biasanya berkelajuan 24 ke 30 fps — jadi anda perlu tambah 12 angka sifar dibelakang kadar fps tersebut.

Untuk kau yang kaki politik pulak, 2.6 billion kau gandakan dengan 1000. Dapat 2.6 trillion.

Massyuuuukk

Jadi, untuk mengakhiri artikel ini, sila enjoy ‘persembahan’ pergerakan cahaya:

Secara tak langsung, sains telah membuktikan Coca-Cola menang ke atas Pepsi

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…