Di musim raya ini apabila di kampung, topik tempat kerja merupakan topik paling selamat untuk dibincangkan bagi mengelak daripada topik-topik sensitif seperti politik dan “Bila nak kahwin? Takkan gay kot?” diutarakan.

Seperti hampir semua daripada kita semua telah maklum, hukum alam memang tidak boleh lari dari prisip “yin & yang” — di mana topik paling selamat pun akan ada efek pantulan yang tak berapa best.

Deep sial… Tapi macam tak kena….”

Risiko topik tempat kerja sebagai perbualan adalah ibarat mengundang rungutan saudara-mara yang tidak puas hati dengan tempat kerja mereka.

“Bos akak tu gatal, pantang nampak staf muda…” Kata Mak Kiah yang sebenarnya syok kat bos yang kononnya gatal itu.

“Gaji kecik, kerja macam anjing. Tolonglahh, orang pun ada perasaan jugak!” Luah Amir yang sebenarnya memang pemalas dan tiada kelayakan untuk menjawat jawatan bergaji besar.

“Asal raya je, yang kafir je dapat cuti panjang…” Seloroh Pak Uda yang sebenarnya rasis dan dah habis kuota cuti.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Dalil biasa (dah bosan dipakai) yang akan digunakan apabila berhadapan dengan orang-orang seperti ini adalah membandingkan tempat kerja mereka dengan pasukan pertahanan negara yang tak dapat cuti.

Jangan risau, kami kongsi beberapa tempat kerja yang agak pelik dan gila untuk kau guna sebagai dalil pada Hari Raya Aidiladha nanti. Hehe.

5. Lombong Emas Paling Dalam Di Dunia

Lombong emas Mponeng bukan sebarang lombong emas, bang. Mponeng merupakan lombong emas paling dalam di dunia.

Ia mempunyai kedalaman sekitar 4 km dan mempunyai terowong-terowong yang jika digabung membentuk terowong sepanjang 380 km — menjadikannya antara kompleks bawah tanah terbesar di dunia.

Discovery Communications
Ala, macam marathon. Marathon masuk bumi

Setiap hari, hampir 4,000 pekerja turun ke dalam ‘ofis’ mereka menggunakan lif 3 tingkat yang mampu memuatkan 120 orang pada setiap trip.

Kau bayangkan yang mana kena pergi level paling bawah DAN yang kena tunggu trip seterusnya. Kau yang baru kena tunggu lif 15 minit pun dah meroyan.

Disebabkan haba geoterma, level yang agak kebawah boleh mencecah suhu persekitaran setinggi 60 darjah Celcius.

“….”

Apa yang membuatkan lombong ini bertambah bahaya dan havoc adalah disebabkan kehadiran pelombong ‘hantu’ — pelombong haram yang didalangi sindiket jenayah.

Mereka telah mencipta ekonomi gelap mereka tersendiri dan mempunyai pasar yang menjual segala-galanya, dari makanan hingga ke khidmat seks.

Discovery Communications
“Lepas korek lombong, buleh korek lombong lain… Kikiki…”

Pelombong haram ini mempunyai sistem keselamatan sendiri dan lengkap bersenjatakan AK-47 serta bom molotov. Ditambah dengan keluasan kompleks bawah tanah tersebut menyebabkan pihak berkuasa dan syarikat perlombongan membiarkan sahaja kegiatan mereka.

Namun, kegiatan mereka bakal berakhir: lombong Mponeng diramalkan akan kehabisan emas dalam tempoh 7-8 tahun lagi. So, dah takde emas baik naik atas… dok?

Tidak: Mereka sedang menggali lagi untuk 5 km ke dalam kerak bumi….

4. Makmal Kajian Di Puncak Pergunungan Alps

Kalau kau pernah berangan-angan sewaktu kau kecik dahulu untuk membina makmal di atas gunung — ditambah pula jika kau seorang nerd — makmal pemerhatian ini mungkin tempat kerja idaman kau.

Tetapi, ia mungkin hanya akan kekal sebagai angan-angan idaman manis kerana untuk bekerja dan tahan di puncak setinggi 11,716 kaki di atas paras laut memerlukan semangat seorang saintis yang hardcore.

Makmal yang dinamakan Sphinx Observatory ini dibina di puncak pergunungan Alps bukan kerana permintaan saintis gila. Sebaliknya, lokasinya ideal untuk menjalankan pemerhatian serta kajian dalam pelbagai jenis disiplin sains.

Sesuai dengan lokasinya yang ala-ala dalam filem James Bond, satu-satunya cara untuk sampai ke makmal tersebut adalah dengan menaiki sebuah keretapi yang akan membawa anda merentasi cuaca sejuk untuk sampai ke lif khas yang dibina di dalam gunung.

Dan jalan ke lif itu kelihatan seperti ini:

Lepas telur kau beku, baru kau cakap stylo ke tak tempat ni

3. Kapal Yang Senget Dengan Sengaja

Oceanography merupakan nama seksi untuk cabang kajian sains (yang membosankan) di kawasan lautan.

Untuk membenarkan para saintis membuat kajian ke atas gelombang ombak dan segala macam benda yang mungkin kau tak faham kalau kami senaraikan di sini, mereka memerlukan kenderaan khas.

Kenderaan seperti:

“Ermm… Min, tu kapal ke? Kapal kan?”

Kapal ini bukan sahaja pelik kerana ia perlu di-tow untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Bahagian dalamnya kelihatan seperti direka oleh interior designer yang baru lepas habis hisap gam. Hampir kesemua perkakas asas dipasang secara berpasangan pada sudut menegak.

Sesuai untuk kau yang ada impian untuk cuba kencing baring…

Ini kerana, kapal tersebut mempunyai satu matlamat apabila tiba di destinasi yang ditetapkan iaitu karam separuh:

Opocot

Kapal Floating Instrument Platform atau RP FLIP ini diperkenalkan pada tahun 1962 sebagai sebuah platform yang stabil untuk mengkaji perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan atas.

… Termasuk juga kajian ke atas mabuk laut…

“Oh, tahun 60-an Min, padan la cikai sangat. Zaman sekarang high-tech mesti tak payah susah-susah nak terbalik bagai…”

Kau silap.

2. Pasar Yang ‘Dilanggar’ Keretapi — Setiap Hari

Pasar Keretapi Maeklong di Thailand nampak seperti pasar tani biasa seperti yang wujud di Malaysia.

Penjual akan duduk di bawah khemah sepanjang lorong dan menjual pelbagai hasil tani manakala pelanggan akan berjalan di tengah-tengah ruang kecil yang wujud di sepanjang lorong.

Sehinggalah keretapi sampai.

“Siapa double park, gua langgar!”

Tanda amaran akan dibunyikan sebanyak 8 kali setiap hari sebagai isyarat kepada ketibaan keretapi yang akan melalui pasar tersebut — dan kadangkala di atas hasil jualan peniaga.

Apa yang menyebabkan pasar Maeklong ini bahaya kepada pengunjung yang tidak berapa memberi perhatian ialah keadaan pasar yang tersangat santai seperti tiada langsung keretapi yang akan lalu.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Ini adalah rupa pasar tersebut sebelum bunyi amaran berkumandang (bunyi amaran pun seperti bunyi loceng yang chill):

Dan ini adalah apa yang terjadi pada bila-bila masa sahaja selepas amaran dibunyikan di pasar tersebut:

1. Lombong Sulfur Di Tengah Kawah Gunung Berapi

Kalau pelombong emas di lombong Mponeng perlu menahan kepanasan bumi di bahagian bawah tanah, pelombong-pelombong sulfur di Kawah Ijen di Utara Indonesia pula perlu menahan kepanasan gunung berapi aktif

… Dan racun dari gas sulfur….

| Pisangdoh.com
“Apa? Kantor kamu AC rosak udah berpeluh? Ciann…”

Jangan kau tertipu dengan tasik yang ada pada latar belakang gambar di atas. Warna kebiruan tasik tersebut terhasil disebabkan kandungan asid yang sangat tinggi.

Selain itu, gas-gas beracun akan terpancut keluar di antara celahan batu di dalam kawah tersebut. Tak cukup dengan itu, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai gas sulfur yang terbakar menyala berwarna biru.

Tidak keterlaluan jika pekerja-pekerja di situ digelar sebagai “pekerja neraka” kerana api biru sulfur itu boleh mencecah kepanasan setinggi 600 darjah Celcius.

Setiap hari, pelombong sulfur akan mendaki gunung setinggi 9,000 kaki sebelum tiba di puncak dan turun ke dalam kawah sedalam 3,000 kaki.

Mesti kau tertanya-tanya apa yang menyuntik motivasi mereka untuk pergi ke tempat kerja pada setiap hari dan berulang-alik mengangkat sulfur seberat 100 kg merentasi suasana yang penuh dengan racun, asid dan api?

“Racun. di tangan kanan ku… Madu… ~”

Bayaran kira-kira RM50 sehari…

Tak, kau still boleh complain gaji kau RM3,000 tak cukup sebab nak bayar hutang kereta Honda Civic kau. Series bang, kau layak merungut….


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…