Kelajuan Internet yang semakin meningkat serta kenaikan penggunaan media sosial yang mendadak dalam tempoh sedekad-dua telah memperkenalkan kita semua kepada lembaran baru hiburan online.

Mudah sahaja untuk menjadi ‘selebriti’ di media sosial sekarang ni. Ditambah dengan budaya rakyat Malaysia yang memang suka mengumpat dan suka menyebarkan/menelan gossip, video-video viral muncul lebih laju dari kelajuan kau menghabiskan duit BR1M.

Pecut kereta laju sikit, kena viral. Maki orang, kena viral. Tak dapat jual soft toys, kena viral. Buat suara kartun, dapat viral.

Begitu mudahnya nak menjadi famous secara tak sengaja. Bukan macam dulu, pengorbanan untuk menjadi seorang selebriti online sangatlah besar. Dulu, hampir semua yang berjaya menjadi selebriti online kerana ‘tak sengaja’ menayang tetek atau ‘tak sengaja’ dikekah beramai-ramai.

“Oh please, I tak payah bogel to be famous, okayy”

Percaya atau tidak, bukan semua orang pada zaman tu jakun sharing video lucah walaupun masih teruja dengan teknologi Internet pada handphone (kalau kau lahir-lahir dah pegang smartphone, sila berambus dari website ni).


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Ada beberapa video dan lagu dalam format 3gp/mp3 yang berjaya menjadi ‘viral’ walaupun kelajuan Internet agak daif kalau nak dibandingkan dengan sekarang.

4. Numa-Numa Dance Budak MMU (2005)

Ini antara legend 3gp berbentuk tarian webcam yang agak famous dan kelakar. Selain dari mimik wajah dan tarian spastik, antara unsur komedi genius dalam video ini ialah disebabkan elemen seorang budak gemuk sebagai watak utama & 2 sidekicks yang kurus kering.

Siapa & di mana selebriti online ni sekarang?

Nasib sidekicks berdua tidak dapat dipastikan. Tetapi selepas meletupnya video ini, watak utama yang dikenali sebagai Zulkifli A. Wahab pernah mencuba-cuba menjadi Youtuber yang serius sebelum dia mungkin give up, menjadi kurus & mungkin pernah menyertai tabligh.

Okay, part last pasal tabligh tu rekaan semata-mata

3. Minah Tudung – Hafiz Asari (2005)

Lagu yang pernah menjadi sangat viral dan seperti yang biasa terjadi kepada konten berunsur sarkastik, ramai yang butthurt dengan lagu ini.

Kami di Pisangdoh.com pun bakal dikecam. Keh keh keh

Bukan setakat minah tudung dan bohsia berlagak innocent sahaja yang mengecam lagu ni, malah balak-balak dan bohjan pun tumpang seriau.

Kahkahkah

Siapa & di mana selebriti online ni sekarang?

Hafiz Asari atau Hafiz As’ari yang sebelum ni aktif di blog dan berimpian menjadi penyanyi, kini aktif menyanyi di Smule & memegang pangkat Sarjan untuk unit polis bantuan AETOS di Singapura.

Kalau anda first time mendengar lagu ini dan butthurt,  jangan cerca kami — nah akaun IG empunya lagu. Keh keh keh.

2. Cinta 3 Segi / Perangkap Cinta (2002)

Sedekad sebelum golongan mat rempit mengenali & men-viralkan lagu homemade asal Projector Band, lagu Cinta 3 Segi merupakan lagu tema breakup homemade yang sangat popular.

“Pala hotak kau homemade, ‘Cinta 3 Segi’ is prison made la Admin”, luah seorang bekas ahli Apache Sereng.

Antara penyebab lagu ni menjadi sangat berhantu dek kerana khabar angin mengenai asal-usul lagu ini. Antara cerita paling famous ialah kononnya lagu ini dinyanyikan oleh banduan yang bakal digantung kerana membunuh bekas tunangnya.

Antara yang masih dikencing sampai tahun 2016. Cian

Of course lah, Bani Melayu (jangan terasa) ni mudah tertipu dan suka memperjuangkan penipuan. Jadi, macam-macam nama, video & fakta dikeluarkan untuk menegakkan benang yang basah.

Hakikatnya, lagu ini tiada misterinya malah cerita sebenar lebih membosankan dari perjalanan hidup Projector Band sebelum menjadi artis popular.

Siapa & di mana selebriti online ni sekarang?

Ayie dan Berd yang berasal dari Singapura merupakan pencipta lagu ini. Lagu homemade ini telah ‘viral’ di Singapura selama 5 tahun sebelum sampai ke Malaysia. Lagu ini sebenarnya bertajuk ‘Perangkap Cinta’ tapi tah macam mana title boleh ubah, fakta pun diubah-ubah.

1. 7 Hari – Karim Daud (2003)

Kah kah kah, Ini lagu paling best dan layak dinobatkan sebagai champion dalam list legend 3gp/mp3. Lagu ini sebenarnya versi parodi untuk lagu ‘7 Days – Craig David‘.

Sebenarnya lagu ini sangat genius kerana ia berjaya membuktikan bahawa direct translation dari bahasa Inggeris boleh menjadi kelakar (dan berbaur lucah).

English versi Wicet pun kelakar gak.

Siapa & di mana selebriti online ni sekarang?

Kenal tak mamat ni? Sebenarnya nama Karim Daud pun adalah direct translation dari nama Craig David. Sampai sekarang identiti sebenar Karim tidak dikenali oleh sesiapa. Cuma selepas lagu-lagu beliau menjadi ‘viral’ beliau mendiamkan diri begitu sahaja.

Ada khabar angin mengatakan ‘Karim’ merupakan alter ego Noh sebelum menyertai band Hujan walaupun tiada bukti sahih.

Tak kisahlah jang, kalo ekau baco ni Karim, please roger aku. Teringin nak ketum sama-sama. Keh keh keh.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…