Keyboard warriors datang dalam pelbagai rupa, jelmaan & tabiat. Pelbagai spesies telah dikenal pasti sepanjang pengenalan teknologi Internet di negara ini.

Antara spesies paling biasa dilihat oleh pengguna Internet ialah ostad-ostajah, quick fame hunter (seperti penulis-penulis di PisangDoh), troll takde life, ‘askar’ upahan politik, pakcik/makcik kesunyian & macam-macam lagi.

Contoh penampakan spesies ‘ostajah’ di Facebook di mana usaha beliau memakan diri sendiri

Keyboard warriors berkeliaran di pelbagai lokasi — bahagian komen blog serta media sosial — namun, habitat yang paling digemari oleh golongan ini ialah di Facebook.

Walaupun kepercayaan rata-rata Bani Melayu ialah teknologi Internet merupakan sebahagian dari agenda besar yahudi, namun kita tidak boleh menunding jari 100% kepada mereka apabila ada manusia yang terus melupakan adat sopan-santun yang telah diajar oleh mak bapak kita semua.

Sebenarnya, ada sebab-sebab saintifik kenapa kau terus menjadi bajingan apabila berada di hadapan skrin laptop mahupun smartphone….

6. Anda Boleh High Apabila Mendapat Perhatian di Internet

Walaupun ada di antara pembaca yang tak nak mengaku, tetapi penerimaan sosial merupakan antara perkara paling penting bagi seorang manusia moden.

Apa? Tak betul? Maknanya kau acah-acah James Bond la ni….

Di era media sosial ini, penerimaan sosial juga boleh diukur melalui jumlah likes dan berapa kali smartphone anda berbunyi menandakan notifikasi baru.

Semestinya ini bukan profil FB kau. Status kau nak dapat 1 like pun susah

Tanpa disedari, kesemua notifikasi dan bunyi-bunyian ini boleh membuatkan kau ketagih — dan seperti semua jenis ketagihan, ia boleh menjadikan anda seorang asshole.

Sebuah kajian telah dijalankan di UCLA, Amerika Syarikat di mana sekumpulan remaja telah diminta untuk melihat foto-foto yang mereka telah submit dan sebuah scanner diletakkan untuk mengesan aktiviti otak mereka.

Apabila mereka melihat lebih banyak likes yang mereka terima, bahagian reward circuitry dalam otak mereka menjadi terlebih aktif — reaksi yang sama apabila kau sedang menikmati seks atau dadah level berat.

Tak pasti samada reward circuitry pun menjadi aktif ketika kau sedang gosok kepala pitok.

Perasaan seronok ini boleh menjadi lebih serius sehingga ia boleh menyebabkan seseorang membanding-bandingkan jumlah likes yang mereka terima dari orang lain.

Menurut ahli psikologi, ketagihan terhadap penerimaan perhatian di Facebook lebih kompleks dari ketagihan arak dan dadah.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Ini kerana ketagihan dadah dan arak secara tak langsung akan membuatkan seseorang rasa disisihkan. Manakala ketagihan perhatian di Facebook akan membuatkan seseorang sentiasa cuba mencari sokongan.

Kebanyakan keyboard warriors muncul secara tak sengaja kerana mereka mengharapkan sokongan berbentuk likes dari orang ramai dan ia ibarat pelukan dan high-fives yang mereka tidak terima di dunia nyata.

Cian.

5. Otak Mempunyai Had Untuk Berhubung Dengan Manusia Lain

Antara bukti paling daif yang sering digunakan untuk melihat samada seseorang itu jenis mudah berkawan atau tidak, ialah dengan melihat pada jumlah rakan di Facebook.

Lebih ramai kawan, lebih bahagia kan?

Sorry bang, sebenarnya otak kau mempunyai had untuk mengenali ramai manusia lain. Menurut teori yang dinamakan ‘Dunbar Number‘, otak kita hanya mampu mengenali, berkomunikasi dengan normal dan ingat pada jumlah maksimum 150 orang sahaja.

Teori Dunbar Number ini ditemui melalui satu kisah yang terjadi di sebuah syarikat bernama GORE-TEX.

Pengasas syarikat tersebut, Bill Gore memulakan perniagaan baju renang di rumah beliau. Bisnes beliau kemudian berkembang pesat dan mempunyai ratusan pekerja sehingga pada suatu hari, beliau menyedari yang beliau sudah tidak mengenali sejumlah besar pekerja di syarikat beliau sendiri.

“Cun lah, gua dah jadi businessman berjaya.” Kata diri kau (kalau dalam situasi ini) sebelum chow pergi bercuti di oversea dan mabuk macam orang gila.

Atau kau beli supercar & superbike seperti seorang Bani Melayu sejati

Tetapi, kau bukan Bill Gore dan beliau bukan kau. Bagi Bill Gore, ini perkara yang sangat menyedihkan dan boleh mengakibatkan komunikasi yang tidak sihat di antara pekerja-pekerja beliau.

Jadi, Bill Gore memutuskan untuk menghadkan jumlah pekerja seramai 150 orang sahaja di setiap kilang atau bangunan syarikat beliau bagi memastikan semua pekerja kenal di antara satu sama lain.

Tetapi dalam dunia online, teori Dunbar Number ini lebih significant dari sekadar komunikasi efektif. Dalam dunia sebenar, kau mungkin hanya mempunyai kurang dari 150 kawan dan bagi kebanyakan orang yang mempunyai 100 rakan di Facebook, hanya 20% sahaja merupakan kenalan sebenar.

Ini kerana membuat kawan di Facebook adalah semudah bermain Pokémon Go. Manakala membuat kawan di dunia nyata memerlukan perbualan dan chemistry.

Jadi, apabila seseorang berhubung dengan terlalu ramai manusia, dia mudah untuk melakukan komunikasi kurang sihat. Dalam erti kata lain, kau mudah menjadi kurang ajar.

4. Penterjemahan Nada Adalah Mustahil Melalui Penulisan

keyboard-warriors-3TechGenie

Jika ada di antara pembaca yang mempunyai bini atau girlfriend, pasti text WhatsApp anda pernah disalah tafsir — sehingga kadang-kadang boleh bergaduh.

Begitu juga dengan komen-komen rambang di Facebook. Kadangkala secubit status/komen innocent dari kau mengundang maki hamun bertalu-talu dari warga netizen.

Cian die….

Ini kerana niat dan nada adalah mustahil untuk diterjemahkan melalui teks. Sebuah kajian telah dijalankan dan kajian tersebut membuktikan bahawa manusia memang tidak arif untuk berkomunikasi melalui teks.

Melalui kajian tersebut, peserta-peserta kajian diarahkan untuk meneka samada kandungan emel yang dihantar kepada mereka adalah serius atau berbaur sarkastik — dan kadar ketepatan meneka hanya 56%. Apabila kandungan yang sama dijadikan dialog melalui perbualan telefon, kadar ketepatan meningkat sebanyak 73%.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Tetapi, seperti kau tak boleh menyalahkan BN, Pakatan Harapan mahupun yahudi semata-mata untuk segala macam benda fucked up yang terjadi, kau juga tak boleh menyalahkan keyboard warriors yang lahir untuk bash status atau komen kau.

Perlu diingatkan bahawa komunikasi efektif di dunia sebenar adalah gabungan 55% pergerakan badan atau mimik wajah, 38% intonasi serta gaya bahasa dan hanya 7% sahaja kandungan perbualan. Jadi, apabila anda menulis di Facebook, anda hanya mampu menyampaikan 7% sahaja dari komponen komunikasi yang efektif.

Disebabkan itu, jangan la malas untuk menambah tanda baca serta emoji. Kena bash nanti touching pulop.

Kecuali kalau kau mempunyai kesabaran yang tinggi seperti Al-Amirul Mukminin

3. Kemarahan Lebih Pantas Menjadi Viral Dari Kebahagiaan

Pernahkan anda sedari yang post atau status yang mengundang kemarahan lebih pantas viral dari post atau status yang bertemakan kegembiraan serta kesyukuran?

Cara terpantas untuk anda membina bonding dengan netizen lain adalah melalui kemarahan. Sebuah kajian oleh Weibo, media sosial terkenal di negara Cina, mendapati bahawa emosi kemarahan menular lebih pantas di dunia online.

Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to … Kemarahan netizen.

Kemarahan merupakan emosi yang mampu merangsang seseorang untuk mengambil tindakan. Apabila membaca status dan post berbaur marah, rata-rata dari kita akan terpanggil untuk mengambil tindakan drastik — memberi like, komen atau share post tersebut.

Dan ia melahirkan post viral yang akan membuka lebih banyak peluang kepada kelahiran keyboard warriors yang lain.

Menurut saintis, hanya satu jenis perasaan lain sahaja yang boleh fight ‘populariti’ perasaan marah di dunia online; perasaan kagum terhadap sesuatu benda yang terlampau rare atau terlalu hebat.

Tetapi, jumlah post yang mengagumkan di dunia online tidak sebanyak post atau status yang mengudang kemarahan. Ini yang aku nak mula marah ni….

2. Anda Akan Rasa Lebih Puas Apabila Merintih Di Dunia Online

keyboard-warriors-5Credit.com

Di dunia sebenar, kita semua boleh merintih dan meluahkan perasaan kepada seseorang seperti ahli keluarga, kawan-kawan, bartender, driver Uber mahupun pak guard.

Namun, kita tidak akan puas kerana selalunya rintihan kita akan dibalas dengan nasihat untuk chill, beristighfar atau selalunya, diam menyepi.

Tetapi di Facebook, kita boleh meluahkan rasa tak puas kati (walaupun tak berasas) dan jika post atau komen tersebut berjaya mencapai reach yang cukup ramai, pasti akan ada manusia lain yang menyokong dan mengesahkan rasa tidak puas hati yang kita luahkan.

Komen terakhir tu datang dari ahli pejuang tatabahasa berani mati. | Pisangdoh.com
Komen terakhir tu datang dari ahli pejuang tatabahasa berani mati.

Samada kau rasa bos kau goyang kaki main telur, atau kau rasa bengang dengan customer service Maxis — pasti akan ada orang yang bersetuju dan memberi sokongan kepada kau. Setiap share, like dan komen berbalas akan membuatkan otak simple kau merasakan bahawa kau merupakan sebahagian dari persatuan tak rasmi.

Kita juga akan mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih pedas di dunia online.

Jika anda merasa tidak puas hati di persekitaran orang ramai, anda akan merasa tidak selesa — jantung berdetak lebih kencang, seperti genderang mau perang… Tapak tangan anda mula berpeluh, tetapi anda tahu orang ramai akan memandang serong jika anda meletup.

Kalau kau ter-nyanyi ketika membaca sepotong ayat dalam perenggan di atas, tahniah, kau peminat sejati Dewa 19. Hehe

Disebabkan itu, apabila anda melepaskan rasa terpendam tersebut di dunia online, ia boleh menjadi karya yang sangat menyentap hati. Apa kau kisah kan? Janji PUAS!

1. Anonymity Punca Angkuh & Bangang Berjangkit

keyboard-warriors-6Al-Jazeera

Di dunia Internet & media sosial, fake accounts sudah menjadi sebahagian dari budaya yang bukan asing lagi.

Selain fake accounts terdapat juga pengguna yang berselindung di sebalik foto-foto kucing, katak (seperti penulis-penulis di PisangDoh. Hehe), watak anime dan lain-lain bagi tujuan melindungi identiti sebenar pengguna.

Bukan fake accounts….

Disebabkan peluang untuk menjadi anonymous di dunia online, kebanyakan dari kita semua (ye, kau pun sekali. Jangan tak mengaku) tahu bahawa kita boleh membuat onar di ruangan komen Facebook serta media sosial yang lain.

Dan ini yang merupakan sebab utama keyboard warriors muncul; perasaan selamat disebabkan anonymity di dunia online menggalakkan perangai tak beradab — dan ia boleh berjangkit dengan sangat pantas.

Sebuah universiti di AS telah membuat analisa terhadap 900 komen untuk sebuah artikel mengenai topik imigran. Daripada analisa tersebut, mereka mendapati bahawa 53% dari komen pengguna yang anonymous adalah tidak senonoh serta tidak beradab, berbanding 29% dari pengguna yang berdaftar.

Sebuah kajian lain pula mendapati apabila unsur anonymity wujud, pengguna-pengguna akan cenderung ke arah pemikiran berkelompok dan berkoloni.

Macam lebah. Cuma, bezanya lebah rajin. Korang pemalas.

Universiti Wisconsin-Madison telah membuat eksperimen melalui sebuah fake post dan mereka mendapati bahawa komen-komen dari keyboard warriors berjaya mempengaruhi komen-komen seterusnya. Malah, lebih kasar bunyi komen tersebut, lebih besar impaknya pada komen-komen yang lain.

Nampaknya, golongan keyboard warriors akan terus muncul kerana ia wujud dalam setiap dari kita semua. Siapakah yang patut kita jadikan kambing hitam?

Of course, ini semua agenda yahudi laknatullah! Cisss!


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…