“BEEP, BEEP!!”

Kedengaran watak kartun kegemaran Amran melarikan diri dari watak penjahat yang dikenali sebagai Wile E. Coyote.

“Papa, citer apa ni? Boring la… Grafik tak cantik…” Kata Muhammad Riyad El Sazali kepada bapanya.

Anak kecil berumur 5 tahun tersebut hairan melihat telatah papanya yang tersengih menonton kartun yang tidak dia kenali.

Terbahak-bahak Amran ketawa apabila melihat watak Wile E. Coyote cuba menyamar sebagai pokok kaktus demi mahu menangkap Road Runner.

“Kreatif betul siapa yang buat kartun ni… Dunia betul mana ada penjahat buat benda merepek camni…” Hati kecil Amran bersuara.

Amran mungkin salah….

****

Kami di Pisang Doh merupakan peminat besar bagi koleksi rekod-rekod jenayah.

Namun, seperti mana yang anda — sebagai seorang yang sudah cukup umur & matang — tahu, jenayah atau penyangak adalah realistik dan tidak seperti yang ditunjukkan dalam rancangan kartun.

Tak macam kartun langsung…

Tetapi ada segelintir penjenayah yang berani mencuba benda baru yang kreatif & gila babi, dan terjadilah pelan jenayah yang berbaur kartun.

Pelan jenayah seperti:

4. Perompak Bank Membalut Tubuh Dengan Aluminium Foil

Pada tahun 2016, dua perompak bank di Brazil sedang berhadapan dengan ujian besar: bagaimana mahu mengelak dari dikesan sistem penggera di bank yang bakal mereka rompak.

Ini kerana bank tersebut dilengkapi dengan sistem pengesan haba yang mampu mengaktifkan penggera.

Otak mereka diperah untuk menjadi kreatif dan akhirnya mereka mendapat solusi genius yang hanya difikirkan oleh watak-watak dari rancangan kartun seperti Bugs Bunny:

Membalut badan mereka dengan aluminium foil.

Untuk kau yang jarang ke dapur, aluminium foil memang sering digunakan untuk memantulkan haba dari makanan yang sensitif terhadap haba, terutamanya untuk mereka yang bujang.

Yeahh righttt… ‘makanan’….

Apa yang mengejutkan ialah idea kartun mereka menjadi! Aluminium foil tersebut berjaya mengelakkan mereka dari dikesan.

Tetapi mungkin disebabkan terlalu ghairah untuk menewaskan sistem pengesan haba sehingga mereka terlupa mengenai sebuah lagi halangan yang paling basic: CCTV.

Maka, guards di bank tersebut berjaya menonton persembahan kelakar di bawah…

Policia Militar
Policia Militar
“Ini bukan bagai ulat bulu naik daun, Bang Mat. Ini bagai bangang abadi pula.” Kata Pak Guard 1 kepada Pak Guard 2

… sebelum menelefon pihak polis dan menangkap duo tersebut.

3. Perompak Yang Menggunakan Crowdsourcing

Crowdsourcing merupakan terma dalam bisnes yang bermaksud menggunakan kapasiti orang ramai untuk menjalankan sebahagian dari operasi bisnes kau.

Crowdsourcing at its finest

Namun, seorang perompak bank di Washington telah melakukan crowdsourcing untuk menjayakan rancangan jenayahnya.

Perompak inovatif bernama A Monroe tersebut meletakkan iklan di Craiglist (ala-ala Mudah.my) untuk mencari 15-20 lelaki yang sanggup menunggu di hadapan Bank of America pada hari Selasa, jam 11.15 pagi.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Semua volunteers diarahkan memakai kemeja biru gelap dan memakai surgical mask di muka masing-masing.

Kalau itu tak cukup suspicious, iklan tersebut juga menjanjikan bayaran sebanyak USD 28 sejam untuk hanya berlegar sambil menunggu.

Pada hari yang dijanjikan, A Monroe tiba — dengan memakai kemeja biru gelap dan mengenakan topeng pembedahan — mendekati trak sekuriti dan menembak wajah pemandu menggunakan pepper spray.

A Monroe kemudiannya melarikan beg yang mengandungi wang di celah-celah crowd yang juga berpakaian sama dengannya.

Perompak tersebut lari sehingga tiba di tebing sungai — sebelum membuang topengnya — melompat ke atas pelampung tiub dan hanyut menghilang bersama arus…

Alang-alang nak kartun, baik kartun sampai habis

… Serta wang rompakan…

2. Penyeludup Menembak Dadah Melepasi Sempadan

Gizmodo

Masalah yang sering bermain di fikiran penyeludup dadah ialah mencari idea kreatif bagi mengelak dari dikantoikan oleh pihak berkuasa kerana tidak semua anggota polis menerima rasuah, ye dok?

Begitu juga dengan kartel-kartel dadah di Mexico. Pelbagai cara yang memakan wang dan masa telah digunakan untuk melepasi tembok sempadan Mexico – AS.

Seperti yang kita semua tahu, kadangkala rancangan kartun juga mampu memberi pengajaran dan idea.

Jadi, penyeludup di Mexico mendapat idea baru iaitu menggunakan meriam kecil untuk menembak dadah melepasi tembok.

U.S. Customs and Border Protection
Bak kata Mok Cun, usahawan tidak takut mencuba

Walaupun mereka berjaya menghumban dadah yang bernilai USD 43,000 masuk ke tanah AS — ia semua dikutip oleh pihak berkuasa kerana dadah-dadah tersebut mendarat terlalu dekat dengan tembok.

Melihat kepada prototaip yang gagal, mereka memutuskan untuk go bigger.

Dan terhasillah meriam besar yang dihasilkan dari enjin kereta dan mampu menembak dadah dalam kuantiti yang lebih besar.

Yang lebih penting, ia mampu menembak dadah pada jarak yang lebih jauh.

Namun, meriam ini tidak sempat digunakan kerana pihak berkuasa berjaya mengesan kegiatan penyeludup dan merampas meriam epik mereka.

Mexicali Public Safety Department
“Sumpah Encik, ni piping kasi bunyi kuat je… Bukan meriam…”

1. Pencuri Menyedut Duit Menggunakan Vakum

Kalau di Malaysia kita mempunyai Geng Mamak, di Perancis, mereka mempunyai Geng Vakum atau dalam bahasa mereka, gang a l’aspirateur (dah tak payah nak cuba bunyikan)…

Geng ini mendapati bahawa supermarket di tempat mereka menggunakan sistem tiub vakum untuk menghantar duit dari cashier ke peti simpanan.

Kat Malaysia pun guna sistem ni… Just saying… Hehe

Untuk memecahkan peti simpanan memerlukan bahan letupan dan telur yang besar.

Jadi, mereka mengambil jalan otak besar iaitu menyedut sampul-sampul duit sebelum ia masuk ke dalam peti.

Menggunakan gerudi dan vakum berkapasiti tinggi, mereka membuat lubang pada tiub penghantaran duit dan menyedut duit keluar.

Walaupun idea ini simple dan agak kartun, jangan kau gelak kerana mereka telah berjaya merompak Euro 600,000 secara keseluruhan.

Next time kalau bini atau mak kau berleter yang menonton rancangan kartun tiada faedah, kau tunjukkan artikel ini. Hehe.

Kecuali kartun-kartun genre cenggini…

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…