Dalam bahagian pertama artikel ini, kami telah berkongsi beberapa scene dari dunia haiwan yang nampak tipu tapi benar.

Oleh kerana kami bukan ahli politik yang hanya mampu menjanjikan manisnya madu sebelum pilihanraya, kami bawakan untuk anda semua, bahagian kedua artikel ini.

Seperti yang kau semua telah maklum, kami ada membuka ruangan yang dipanggil “Kedai Pisang” dan selepas membaca artikel ini, boleh kau ketik link yang akan membawa kau pergi ke kedai online yang bakal menjadi paling awesome di Malaysia. Hehe.

via GIPHY

Okay, sorry… Jom sambung balik topik sebenar kita:

4. Tarian Mengawan Bertopeng Burung Hummingbird

Hummingbird atau dalam bahasa kebangsaan, burung madu boleh dikatakan sebagai jet pejuang versi mini dan comel.

Namun, jangan kau pandang rendah tenaga yang ada pada si kecil ini. Disebabkan tabiat semulajadi burung ini yang seakan-akan vibrator tanpa henti, jika saiznya sebesar kau, ia memerlukan kalori bersamaan kira-kira 275 Big Mac sehari.

Dan seperti apa yang kau jangkakan dari seekor makhluk yang makan ibarat membela 20 ekor saka, hummingbird mempunyai ritual mengawan yang agak kalut dan ganas.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Tetapi spesies hummingbird dari AS yang dipanggil The Costa, telah memberi definisi next-level untuk ritual mengawan burung madu.

Untuk semua peminat bola, Costa dalam artikel tiada kena mengena dengan brader ni…

Jom kita usha wajah seekor Costa ketika ‘beliau’ tenang dan tidak gersang:

“Mim di atas ma, dal di depan du… eh awek…”

Tetapi, apabila ada sang betina berdekatan dan nafsu mengawannya bergelojak, Costa jantan akan bertukar menjadi:

Dalam dunia manusia, topeng ni porno Jepun selalu pakai…

Ya, apabila mahu mengawan, Costa jantan akan ‘memakai’ topeng yang membuatnya kelihatan metal di mata manusia tetapi sweet dan sexy di mata Costa betina.

“Topeng” itu sebenarnya adalah bulu di bahagian muka Costa jantan. Ia akan mengembangkan bulu-bulu dan ditambah dengan pantulan cahaya matahari — terhasillah rupa tidak berapa semenggah tersebut.

Jangan abang cuba pulak dengan jambang & rambut abang. Tak pasal-pasal kena tidur kat luar seminggu.

3. Ribut Serangga Mayfly Yang Ganas & Power

Ketika pukul 8.45 malam pada tanggal 20 Julai 2014, pusat kajian cuaca di AS telah merekodkan satu fenomena aneh dalam radar. Ia ibarat pembentukan dan pemecahan awan yang sangat pantas:

Seperti yang kau boleh agak dari tajuk di atas, “awan” yang direkodkan itu sebenarnya satu koloni serangga mayfly yang sangat besar sehingga boleh dikesan oleh radar.

Mayfly merupakan sejenis serangga yang menghabiskan hampir keseluruhan hayat mereka dalam air. Mayfly betina akan bertelur dalam air sungai atau tasik dan telur tersebut akan menetas menjadi larva yang hanya chill dalam air selama setahun.

Setelah itu, larva tersebut akan timbul ke permukaan air untuk untuk menukar kulit dan menjadi seekor mayfly dewasa. Dalam hayat kedua itu, seekor mayfly hanya mempunyai dua benda: sayap seakan-akan pepatung dan hanya sehari untuk hidup…

Seperti remaja yang baru kenal dunia sehari dan akan mati keesokan harinya, mayfly akan mengabiskan sisa hidup dengan menyertai pesta seks.

Dan terjadilah scene seperti ini:

“Hari terakhir paling syioookk!!”

Nampak power tapi apabila ini terjadi, ia seperti malapetaka untuk pekan yang berdekatan.

Ini kerana mayfly tertarik kepada cahaya dan akan membawa pesta tersebut ke sumber cahaya yang paling dekat dengan tempat bertelur.

Kalau kat Malaysia pulak, tak burung merpati je yang boleh lawan

Kalau awek kau jenis kaki complain pasal nyamuk atau kelkatu, kau tunjuk dia gambar di atas….

2. Persembahan Cahaya Laser Oleh Ostracod

Real Monstrosities

Ostracod merupakan sejenis hidupan laut bersaiz plankton yang mempunyai rupa bentuk seakan-akan budak nerd yang cuba membela misai sejemput.

“Hi…”

Ia juga boleh dikira sebagai Peter Parker dalam dunia laut. Kecil, nampak lemah tetapi mempunyai superpower yang awesome — badan ostracod dipenuhi oleh cecair radioaktif.

Just in case kau tak kenal siapa Peter Parker

Apabila ikan kecil menyerang ostracod, ia akan menghasilkan pancutan bioluminescence yang bukan sahaja boleh membutakan ikan dan menerangkan kawasan supaya pemangsa lebih besar akan menyerang ikan tersebut — pancutan ostracod juga kelihatan cantik dan seakan-akan lampu laser.

Terkedu bang

Yang menambah ke-awesome-an ostracod, nama dua kompaun kimia yang menghasilkan pancutan laser itu dipanggil “luciferin” dan “luciferase“.

Juga seperti Peter Parker, selain dari menggunakan superpower untuk melawan musuh, ostracod juga menggunakan kelebihannya untuk memikat ostracod betina dengan cara menghasilkan persembahan cahaya yang menawan.

Tetapi, tidak seperti Peter Parker, hampir keseluruhan badan ostracod jantan sebenarnya terdiri dari organ seksual semata-mata.

Alepoc/iStock
“Saya single dan alwayyyyss ready to mingle…”

1. Buaya V.S Ular Sawa

Florida, AS merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan dadah pelik dan kes-kes pencabulan seksual yang pelik.

Ia juga dihuni oleh pemilik-pemilik haiwan peliharaan yang tak bertanggungjawab.

Jika di Malaysia, Bani Melayu akan membela kucing, perempuan simpanan atau hantu raya, ular sawa pula merupakan haiwan peliharaan kegemaran kebanyakan penghuni Florida.

Ibarat habis madu sepah dibuang, atau dalam kes ini, ular sawa yang terlalu besar akan dibuang oleh pemilik ular ke kawasan semak-samun.

Ular-ular buangan itu kemudiannya membiak dan kini dilaporkan sebanyak ratusan ribu ular sawa kini mendiami kawasan florida — dan ada yang membesar sehingga 20 kaki panjang.

Dan saiz macam tu takkan nak makan pet food je… Ye dok?

Tidak cukup dengan mengambil alih peluang pekerjaan (ermm sorry… Makanan), ular-ular ini mula menjadikan abang long tempatan iaitu sang buaya sebagai mangsa.

Maka terjadilah scene pergaduhan yang biasa dilihat oleh penduduk Florida.

Nature on PBS
“Dia bukak buah buaya dulu bang, saya bagi dia pretzel ular…”

Kebiasaannya salah seekor dari binatang ganas ini akan menang, Tetapi kadangkala, kedua-duanya akan mati dalam pertempuran yang sengit.

Persoalannya, siapa makanan?

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…