Setiap dari kau semua pasti ada rancangan kegemaran tersendiri. Ada yang minat The Wonder Pets, Upin & Ipin (ughh), Majalah 3 dan ramai juga yang meminati genre komedi seperti Maharaja Lawak serta err… Sukan Tak Sentral…

Walaupun kami faham yang kau cuba menjadi kelakar (kami pun sama) tapi lawak kau agak bangang bang…

Percaya atau tidak, walaupun kami merupakan penulis (yang cuba menjadi penulis komedi), genre kegemaran kami bukanlah Maharaja Lawak atau yang seangkatan.

Sebaliknya, rata-rata dari penulis di Pisang Doh merupakan peminat besar rancangan berunsur dokumentari dunia haiwan seperti National Geographic.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Dan seperti kau yang rajin bermain fesbuk, curi-curi download movie menggunakan Torrent, membaca artikel ini dan lain-lain aktiviti tidak berfaedah ketika waktu bekerja — kami juga melakukan perkara yang sama dan kami menyelongkar misteri dunia haiwan menerusi skrin laptop kami.

Disebabkan dunia Internet penuh dengan penipuan, kami hanya berjaya mengumpul 7 koleksi yang benar-benar sahih & dipaparkan dalam dua artikel.

| Pisangdoh.com
90% dari kau yang pernah tengok video pari tu percaya kan?

Maka oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi hasil carian kami yang nampak seperti tipu tapi benar:

7. Labah-Labah Buat Cartwheel & Aksi Akrobatik

Kalau kau nak ukur keberanian bakal suami kau atau ayahanda yang kau bakal bai’ah, lemparkan labah-labah sebesar tapak tangan pada muka dia/beliau.

Jikalau dia tidak melompat, kemungkinan besar dia bukan manusia atau terlalu blur.

Labah-labah memang menakutkan. Lebih-lebih lagi yang saiz seperti puaka dan berbisa seperti Sparassidae atau lebih dikenali dengan nama jolokan yang tak kurang powerThe Huntsman.

A.k.a Nokharommm

Tetapi setiap keluarga pasti ada seorang (seekor) yang merupakan kambing hitam dan sering memalukan ahli keluarga yang lain.

Memperkenalkan labah-labah jenis Flic-Flac, ahli keluarga Sparassidae yang agak kelakar:

No komen….

Ia ditemui oleh Prof. Dr. Ingo Rechenberg kira-kira 10 tahun lalu di padang pasir Morocco. Jika keluarga Sparassidae yang lain terkenal dengan lompatan ke arah muka mangsa, Flic-Flac pula ‘menghiburkan’ mangsa dengan persembahan cartwheel sebelum bertemu ajal.

Ketika labah-labah lain busy menyiapkan sarang dan sabar menunggu mangsa, Flic-Flac pula tak gagal untuk kelihatan havoc dan sentiasa bersuka-ria…

… Ibarat sekor member yang confirm bising waktu kau tengah memancing.

Tapi, jangan kau sangka perangai pelik Flic-Flac habis di sini sahaja. Labah-labah ini membuat sarang tidak seperti labah-labah lain. Sarang mereka dibina ibarat tiub

… Untuk melancarkannya sambil cartwheel di udara ibarat kemunculan watak utama yang sangat stail.

6. Tinju Leher Sang Zirafah

Paul Brehem / BBC

Zirafah kebiasaannya merupakan haiwan yang agak sempoi dan santai.

Walaupun pernah direkodkan oleh saintis yang zirafah boleh memijak singa sehingga lunyai apabila diancam, saintis hanya mampu membuat spekulasi bahawa zirafah mempunyai kuntau atau tinju rahsia untuk mempertahankan diri.

BBC
Mesti kau tak pernah tengok kung-fu zirafah dalam filem kung-fu kan? Kan?

Baru-baru ini, saintis telah menemui bukti bahawa zirafah memang mempunyai tinju rahsia yang hanya digunakan di hadapan bani zirafah sahaja.

Kaedah pertarungan zirafah yang disaksikan oleh saintis kelihatan agak pelik.

Jika zirafah perlu setelkan masalah dengan cara man-to-man, dua zirafah jantan akan berdiri hormat di hadapan satu sama lain. Kemudian salah seekor akan bergilir-gilir untuk menghayunkan leher & memukul leher lawan.

BBC/Discovery
Haillll to the kingggg!!!~”

Pertarungan ini hanya akan berakhir apabila salah seekor terlalu sakit dan tidak dapat meneruskan perlawanan ‘tinju’ bergilir-gilir tersebut.

Kalau kau translate-kan ritual ini ke dalam dunia manusia, ia ibarat kau dan lawan kau bersalaman, sebelum membuka seluar dan menghentakkan adik korang secara bergilir-gilir sehingga salah seorang meraung kesakitan.

“Ada sebabnya abang tak tunjuk pencak zirafah sebenarnya…”

Bezanya, zirafah lebih metal.

5. Semut Kawad Dalam Bentuk Bulatan Sehingga Mati

Semut lebih dikenali sebagai serangga yang rajin dan bekerjasama. Semut juga tergolong dalam golongan serangga yang agak cerdik.

Walaupun semua spesies semut mempunyai ciri-ciri yang disebut dalam ayat pertama pada perenggan di atas, tetapi tidak semua spesies semut dikurniakan dengan ciri-ciri dalam ayat kedua.

Sebagai contoh, semut dari spesies labidus praedator yang digeruni kerana sangat brutal dan mampu menumpaskan haiwan besar.

Ke-brutal-an semut ini disumbang oleh sifat fizikalnya yang buta dan hanya berpandukan pada deria bau. Namun, ciri-ciri ini juga antara penyebab kematian tak sengaja dan paling tak cool dalam dunia haiwan.

Apabila mencari makanan, kesemua anggota batalion semut akan mengikut bau seekor semut yang dilantik sebagai leader.

Kebiasaannya ‘mereka’ akan pulang dengan kejayaan… jika leader semut tidak tersesat atau menjadi keliru. Jika ini terjadi, ahli-ahli batalion akan mengikut bau di antara satu sama lain dan terjadilah kawad dalam bulatan yang berterusan.

Disebabkan buta, tiada jalan keluar bagi semut-semut ini dari perangkap kawad maut. Semut-semut ini tidak tahu bahawa batalion tersebut hanya bertawaf dalam teritori seluas 20 inci.

Atau, mungkin diorang tahu yang ada benda tak kena… Tapi, siapa yang berani mempersoalkan kesalahan pemimpin agung mereka?

Ia ibarat kau mempersoalkan kewibawaan Al-Amirul Mukminin di persidangan agung secara terbuka….


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…