Change is inevitable, progress is optional.” Kata Tony Robbins, idola serta personaliti yang ditiru bulat-bulat oleh raja PhD negara, Jijan Os.

Bagi anda yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris, maksud kasar quotes di atas ialah; perubahan itu pasti.

Perubahan yang paling biasa berlaku kepada manusia adalah perubahan dari segi fizikal semasa kecil sehingga dewasa. Contohnya, dari berwajah nerd dan slenge ke berperwatakan playboy serta kaki clubbing.

Begitu juga dengan watak-watak dalam permainan video atau komputer.

Seperti Michael Jackson, kami tampilkan beberapa watak game legend yang pada versi asalnya agak kelakar dan tak berapa hensem atau cool.

Ok, kami tarik balik. Bukan macam MJ…

Apa? Time kecik tak pernah main game? Cian…

4. Watak “Little Sisters” Dalam BioShock Hampir Berbeza

Bagi anda yang tidak mempunyai masa, wang atau kemampuan untuk bermain game ini, BioShock merupakan sebuah game legend yang bertemakan dystopian-futuristic.

Mesti kau tak tau maksud dystopian kan?

Salah sebuah aspek menyeramkan dalam game ini ialah karakter “Little Sister” — budak perempuan ala toyol high-tech yang berkeliaran di sekitar runtuhan bandar untuk mengutip bahan-bahan genetik dari mayat-mayat yang terbiar.

Tak pasti samada diorang lari kalau kau takbir…

Sebagai pemain, anda mempunyai pilihan samada untuk membunuh karakter ini dan merampas kesemua bahan-bahan genetik yang telah dikumpul atau menyelamatkan Little Sister tersebut.

Pilihan tersebut akan memberi pengakhiran yang berlainan di penghujung game.

Tetapi sebenarnya, karakter ini pada asalnya tidak direka sebagai budak perempuan. Sebagai karakter yang mempunyai tugas ‘menuai’ designers game ini sebenarnya agak konfius untuk menentukan rupa karakter tersebut — dan terhasillah seekor lintah bulan…

… Atau siput sedut… Bergantung kepada level imaginasi kau.

Kepala designers menolak idea lintah bulan tersebut. Ini kerana karakter tersebut sepatutnya bakal menguji tahap kesedaran moral pemain game — dan lintah bulan mempunyai rupa yang meminta untuk dipijak.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Jadi untuk menyuntik rasa belas kasihan kepada pemain, mereka memutuskan untuk mereka sesuatu yang nampak lemah dan kurang upaya…

… Maka terhasillah anjing cacat.

“Eeee… Haram!”

Selain itu, mereka juga mencadangkan katak yang dipasangkan alat penuai pada bontot binatang tersebut.

Tak pasti samada muka kesian atau muka tengah sedap…

Mungkin kerana elemen binatang sahaja tidak mudah untuk memberi rasa simpati kepada para gamers, mereka membuat keputusan untuk menambah elemen manusia, maka terhasillah watak mix di antara manusia dan chipmunk.

Don’t don’t don’t don’t

Akhirnya, mereka membuat keputusan paling genius dan selalu diamalkan oleh designers gempak — mereka mengambil inspirasi dari filem-filem Tim Burton dan terhasillah karakter ikonik, Little Sister.

3. Watak Utama Super Metroid Menampilkan Wanita Bogel

Samus Aran merupakan watak utama untuk siri game legend terkenal, Metroid.

Jika anda merupakan hardcore gamers yang sudah mempunyai anak remaja, pasti anda akan menyedari bahawa Metroid merupakan antara game terawal yang menampilkan karakter wanita sebagai watak untuk dimainkan.

Pada versi pertama yang dilancarkan pada tahun 1986, watak Samus Aran sebagai seorang perempuan hanya diperkenalkan pada pengakhiran game.

Apabila tamat permainan, baju perisai yang dipakai oleh watak tersebut akan ditanggalkan dan Samus Aran akan terdedah dengan hanya memakai baju dalam.

Macam akak selalu buat lepas akak habis kerja...Nintendo
Macam akak selalu buat lepas akak habis kerja…

Kemudian, apabila Super Metroid dilancarkan untuk platform SNES, hakikat bahawa Samus Aran merupakan seorang wanita telah diketahui oleh kesemua peminat Metroid.

Jadi, untuk memberi twist yang tak basi, pereka game memutuskan untuk menanggalkan baju perisai Samus Aran jika watak tersebut mati — dan ia menampilkan watak Samus Aran yang bogel tanpa seurat benang.

Nintendo
Sorry sebab kecewakan kau. Nanti upload versi uncensored kami dituduh mempunyai agenda sulit pulak… Hmm

Kau kena ingat, game ini dilancarkan pada awal 1990 di mana bahan-bahan porn hanya boleh diakses melalui majalah-majalah atau video tape — dan scene ini boleh menyebabkan semua remaja menjadi gersang.

Menurut pembangun game ini, mereka merasakan bahawa ia terlalu seksual untuk remaja. Disebabkan itu mereka meletakkan bikini pada watak tersebut.

Selain itu, mereka juga terpaksa menukar suara jeritan watak tersebut kerana ia seakan-akan bunyi…

“Abe nih. mace dok tau bunyi gapo… huhu”

Haih, nak buat camne… Jepun….

2. Watak “Johnny Cage” Dalam Mortal Kombat Ialah Jean-Claude Van Damme

Antara konsep yang paling mudah untuk menarik minat gamers pada suatu masa dahulu ialah konsep hempuk sampai lunyai.

Jadi tak hairanlah jika Mortal Kombat mencapai populariti yang tinggi di kalangan peminat genre fighting — bukan setakat boleh hempuk orang sampai lunyai, malah grafik dan pergerakannya boleh dikatakan realistik.

Punyalah real... Ermm... No komen....Electronic Arts
Punyalah real… Ermm… No komen….

Salah satu elemen menarik yang dirancang oleh pereka game tersebut ialah memasukkan idola filem kungfu Hollywood, Van Damme ke dalam game tersebut.

Namun, mereka terpaksa menukar pelan tersebut kerana penggunaan nama dan rupa Van Damme disusuli oleh caj royalti yang terlampau mahal.

"Aku pi gym buat juta-juta. Kau hado?"Universal Studios
“Aku pi gym buat juta-juta. Kau hado?”

Akibat pemotongan bajet, para designers dipaksa menjadi kreatif dan nama Jean-Claude Van Damme digantikan dengan; “Johnny Cage”.

Tetapi, ada elemen-elemen Van Damme masih berjaya dikekalkan secara halus. Contohnya, fizikal Johnny Cage direka berdasarkan watak Van Damme dalam filem Bloodsport dan juga gerakan signature beliau, tumbukan padu pemecah telur.

... A.k.a Tumbukan Penghenti Zuriat....Electronic Arts
… A.k.a Tumbukan Penghenti Zuriat….

1. Watak Hero “Half-Life” Seperti Awang Pendek Berbulu

Bertahun-tahun sebelum kemunculan DOTA, Half-Life dan Counter Strike merupakan sebab utama golongan bapak mengamuk dan menghambat anak yang ponteng sekolah di cyber cafe.

Populariti game Half-Life juga membuatkan watak Gordon Freeman — pakcik cool yang memakai spek — menjadi salah satu dari watak paling ikonik dalam sejarah game.

Namun, watak ini tidak akan menjadi famous jika designers game paling legend ini memutuskan untuk menggunakan watak asal:

Haa adik-adik, ini la akibatnya kalau main syabu...Valve
Haa adik-adik, ini la akibatnya kalau main syabu…

Prototaip asal yang kelihatan seperti watak Ghimli dalam Lords of The Rings ini juga diberi nama yang tak kurang mengundang; “Ivan The Biker”.

“Ivan? Aku Awie! Panggil aku Awie!!”

Tidak diketahui samada designers Half-Life mempunyai niat untuk membuat lawak tak kelakar kerana prototaip ini melepasi hampir kesemua peringkat testing.

Nasib baik, di peghujung proses penghasilan game legend ini, mereka membuat keputusan untuk meng-adjust rupa fizikal Ivan dan dalam masa yang sama menukar nama ke Gordon Freeman.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

 

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Masuk Ayor

Suka menulis.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
  • Oh My Jawa! Surat Terbuka Untuk Zahid Hamidi

    Dato’ Seri Zahid Hamidi ni cakap Inggeris woi, bukan cakap bahasa Urdu. Aku dengar d…
Paparkan Lagi Oleh Masuk Ayor
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…