Setiap tempat di setiap ceruk dunia ini pasti akan ada sebuah mercu tanda atau lokasi ikonik yang mempunyai kisah tersendiri.

Ada yang menjadi ikon disebabkan nilai sejarah, ada yang disebabkan kes pembunuhan ngeri atau kisah seram dan ada juga disebabkan ia menjadi tempat mat & minah rempit menagih kasih.

Contoh lokasi ikonik yang seram & ngeri: rumah Mona Fandey…
… Dan satu lagi tempat di mana seorang pemimpin politik dikatakan pernah ‘menikam’ lelaki muda. Suka sama suka. Huish seram….

Sebagai seorang pelayar Internet tegar, kau dan aku pastinya pernah melihat foto-foto di laman sosial yang menunjukkan rupa tempat atau lokasi ikonik pada berdekad-dekad yang lalu.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Disebabkan itu, kali ini di Pisang Doh, aku tak bercadang nak berkongsi foto-foto lama atau klasik semata-mata.

Di bawah adalah foto-foto klasik untuk mercu tanda atau lokasi ikonik yang nampak macam di-photoshop dan tak real… tapi hakikatnya sebaliknya:

6. Mercu Tanda Hollywood Pernah Terabai & Terbakar

Kalau kau pernah nampak sign “IPOH” semasa ada budak perempuan ketagihan perhatian tular di media sosial, kau bayangkan betapa banyaknya cubaan ke atas sign Hollywood ini.

Mercu tanda yang merupakan antara paling terkenal di dunia ini terpampang di setiap scene filem yang menggunakan lokasi tersebut.

Ia juga seakan-akan penyambut setia bagi setiap manusia yang tiba di Hollywood untuk mengejar dunia selebriti yang penuh glamor.

Tapi tahukah kau? Sebelum era 80-an, tiada siapa kisah mengenai mercu tanda tersebut.

Pada tahun 60-an, kadar jenayah semakin meningkat dan ekonomi semakin menurun. Jadi, pihak berkuasa Los Angeles (L.A) terlalu busy untuk memberi perhatian kepada sebuah mercu tanda.

Pada penghujung 60-an, ia menjadi terlalu uzur dan mungkin boleh runtuh menghempap pelancong yang suka memanjat mercu tanda seperti “Budak Perempuan Ipoh”, pihak berkuasa L.A cuba menjadi prihatin.

Tetapi cubaan mereka untuk melakukan conference bagi memberi kesedaran untuk menjaga mercu tanda tersebut gagal kerana cuaca buruk — dan ia menjadikannya lebih tidak dipedulikan oleh orang-ramai.

Tambah memburukkan lagi keadaan, ia sering menjadi mangsa gurauan & vandalisme.

Kalau kau suka “Hollyweed” ni, kau boleh beli baju raya kat Kedai Pisang Doh… Hehe

Pada tahun 70-an, mercu tanda Hollywood menjadi terlalu uzur sehingga ada yang runtuh dan ada yang terbakar.

Setelah dua dekad menanti kasih sayang, akhirnya seorang jutawan bernama Hugh Hefner muncul untuk menyelamatkan tanda tersebut.

A.k.a pengasas Playboy — memang penuh dengan kasih sayang untuk dikongsi

Beliau mengadakan party dan mengutip derma dari rakan-rakan selebriti beliau untuk memberi nafas baru kepada sign Hollywood — dengan meruntuhkan dan membina yang baru.

5. Cubaan Letak Samaran Ke Atas Taj Mahal

Setiap orang kaya mempunyai kaedah tersendiri untuk melindungi harta yang bernilai bagi mereka.

“Sayangkan, sayang RM40k daddy…”

Begitu juga dengan kerajaan-kerajaan di dunia ini yang mempunyai pelbagai mekanisme untuk melindungi monumen-monumen nasional dari letupan bom dan serangan musuh.

Contohnya, kerajaan India yang meletakkan samaran ke atas Taj Mahal untuk mengelakkan dari dibom oleh pesawat Jerman — walaupun ia hanya berdasarkan maklumat yang tidak sahih dari British.

Atau macam majlis kahwin bajet…

Perangai over-reaction kerajaan India tidak berhenti di situ sahaja. Pada tahun 1971, negara tersebut kalut untuk memasang camouflage ketika perang India-Pakistan.

Ia membuatkan Taj Mahal kelihatan seperti dihias oleh budak-budak tadika…

“Taj Mahal? Apa tu? Mana ada kat sini…”

Pada tahun 2001, sejurus selepas kejadian 9/11, Taj Mahal dilaporkan hampir ditutup menggunakan kain hitam seluas 1,300 kaki…

… Cuma nasib baik ia dibatalkan, kalau tidak over-reaction dan India bukanlah statement yang berbaur rasis serta stereotaip.

4. Monumen Washington Sebenarnya Projek Terbengkalai

Selain dari piramid, duit 1 USD, Rihanna, Jay-Z dan Freemason Lodge, salah satu lagi mercu tanda yang sering dikaitkan oleh peminat-peminat teori konspirasi ialah Monumen Washington.

Okay la, kalau kau bukan peminat teori konspirasi, pastinya kau pernah nampak tugu ini di filem-filem aksi Hollywood.

Tetapi — maaf, kerana kami akan mengecewakan peminat teori konspirasi sekali lagi — tugu yang sepatutnya dibina untuk meraikan Presiden AS yang pertama ini punyalah tak penting sehingga pembinaannya terbengkalai selama 30 tahun.

Pembinaannya bermula pada tahun 1848 tetapi pelbagai isu seperti kehabisan wang, blok batu yang bukan buatan Amerika dan perang saudara menjadikannya projek terbengkalai.

Sehinggalah 30 tahun kemudian apabila Kor Kejuruteraan Tentera AS (USACE) mengambil alih projek pembinaan tersebut.

Tetapi disebabkan tempoh terbengkalai yang terlalu lama, kuari yang membekalkan batu pembinaan asal telah ditutup — dan penggunaan batu pembinaan yang berbeza menjadikannya dwi-warna.

Getty Images
Nah, sampai bila-bila kau akan perasan sekarang… Hehehe

3. Stonehenge Di UK Pernah Menjadi Port Ajaran Sesat & Keganasan

Misteri Stonehenge masih belum dirungkai sehingga kini. Binaan kuno yang penuh misteri ini pernah mengundang pelbagai teori mengenai asal-usul dan penggunaannya.

Antara pihak yang mendakwa penggunaan sebenar Stonehenge (walaupun telah disangkal oleh pakar-pakar sejarah) ialah kumpulan yang menganut ajaran Druidism.

“Hari ni jom kita fikir siapa yang salah, Illuminati ke LARP?”

Druidism atau Neo-Druidism merupakan ajaran yang dicipta untuk meraikan mitos Druid yang wujud sebelum zaman Empayar Roman lagi.

Mitos mengenai Druid berkait rapat dengan magis dan sihir —- cuma ajaran Neo-Druidism lebih kepada hippie (bukan hipster) dan dadah.

Seperti semua perarakan, budak-budak mesti kena bawa…

Pada mulanya, pihak berkuasa hanya membiarkan sahaja kegiatan kumpulan tersebut.

Namun apabila terlalu ramai dan khuatir Stonehenge bakal rosak; mereka mula memagar kawasan tersebut dan mengenakan bayaran masuk — dan kumpulan Druid dihalau dari Stonehenge.

Still, kumpulan ini sekali-sekala akan mengadakan perhimpunan beramai-ramai sewaktu musim panas.

Pada tahun 1985 pula, 600 orang hippie mengadakan “Free Festival” yang dipenuhi dengan dadah, kegiatan aktivis politik dan seks bebas yang menarik perhatian pihak polis dengan jayanya.

“Kami tak suka kerajaan berdemokrasi, tapi kami sukakan kebebasan…”

Maka terjadilah pertempuran ganas di antara grup ‘pencinta keamanan’ itu dengan 1200 orang anggota polis.

Berhimpun secara aman…

Pelbagai laporan mengenai keganasan pihak polis termasuk mencederakan seorang wanita mengandung dengan memukul wanita tersebut menggunakan cota.

Pada akhir pertempuran itu, seramai 500 orang hippie ditahan oleh pihak polis.

2. Menara Eiffel Pernah Jadi Mangsa Propaganda

Obsesi Nazi dengan Swastika ibarat isteri Amirul Mukminin, Al-Fadhilah Kak Mah dengan gaya rambut kembang — ia tidak dapat dipisahkan.

Apabila Nazi berjaya menawan bandar Paris, perkara pertama yang mereka lakukan ialah memasang lambang Swastika di sekitar bandar tersebut.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Bagi Hitler, menawan Paris merupakan antara saat paling win bagi beliau.

Jadi tak hairanlah jika pihak Nazi tidak meletakkan Swastika pada mercu tanda Paris, Menara Eiffel. Sebaliknya, mereka memasang huruf “V” gergasi yang membawa maksud: Victory.

Duhhh… Obvious gila kot

Tidak cukup dengan aksi seakan-akan budak berumur 15 tahun tersebut, mereka menambah kain rentang yang mengisytiharkan dengan bangganya “Jerman Menang Di Setiap Medan Perang!”.

RDA/Tallandier /Getty Images
Confirm selalu menang ni, mesti pengundi hantu

Tambah lebih cheesy, Fuhrer Nazi sendiri pernah posing untuk bergambar bersama Menara Eiffel.

“Mesti V ke? Tabole letak H? Tabole?”

1. Persembahan Nuklear Di Las Vegas Satu Masa Dahulu

Kalau kau nak tahu jenis kapitalis apa yang sama power dengan golongan penunggang agama? Jawapannya adalah golongan penunggang malapetaka.

Pada tahun 50-an, tentera AS sibuk melakukan ujian bom nuklear dan lokasi pilihan hanyalah lebih kurang 100 km dari bandar yang diberi gelaran “Sin City” iaitu Las Vegas.

Kau baru jerebu dari Indonesia dah kecoh

Jika kejadian ini berlaku di bandar-bandar lain, sudah tentu ada petisyen orang ramai untuk memohon kerajaan supaya membawa aktiviti ujian tersebut ke tempat lain.

Tetapi tidak bagi Dewan Perniagaan Las Vegas, mereka mengatur jadual untuk pelawat menonton ‘persembahan’ ujian senjata pemusnah itu.

Kasin0-kasino dan kelab malam yang mempunyai pemandangan terus ke arah lokasi ujian bom nuklear pula mengambil peluang dengan menyediakan persembahan serta minuman bertemakan bom nuklear.

Ini baru betul iklan da bombGet it? Get it?

Kegilaan mengenai tema nuklear terpaksa diberhentikan apabila sebuah perjanjian dimeterai pada tahun 1963 yang menghalang tentera AS dari melakukan ujian nuklear sewenang-wenangnya di bumi AS.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…