Efek khas yang dihasilkan oleh komputer (CGI) adalah ibarat icing pada kek. Kalau ada, kek boleh menjadi cantik. Tetapi kalau tersilap buat, kek kau boleh nampak palat.

Begitu juga dengan efek-efek yang dihasilkan oleh CGI.

Teknologi CGI telah melalui proses evolusi yang sangat mengagumkan dalam tempoh dua-tiga dekad ini. Penambahbaikan dalam teknologi ini telah membantu memperbaiki mutu filem-filem barat seperti filem dari Hollywood.

Antara contoh filem yang nampak ‘naik seri’ adalah seperti filem Hulk. Dari efek khas tanpa CGI seperti ini…

Masih 10x lebih bagus dari rancangan Cempiang.

… Ke ini….

Bak datang, STAILLL!!

Cuma, teknologi ini memakan kos yang sangat tinggi. Oleh kerana disebabkan kekangan bajet dan masa untuk mencapai efek yang dimahukan, masih ada pembikin filem yang mahu mengekalkan cara old school dan tidak terlalu bergantung kepada CGI.

Maka terhasillah efek seperti ini:

Saya bagi 5 ha

Namun bagi sesetengah orang-orang seni di industri perfileman Barat, CGI ibarat membunuh jiwa seni mereka.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Jadi, berbekalkan idea dan kreativiti seluas alam serta telur (dan bajet) sebesar gunung — sesetengah pengarah filem berjaya mengucapkan “fak u” kepada CGI dan membawakan efek gempak yang membuatkan kau tak perasan ianya bukan dihasilkan oleh komputer.

7. Efek Penerbangan dalam Rogue One Dicapai Melalui Skrin LED Gergasi

Filem terbaru dalam francais filem Star Wars ini telah menimbulkan kekecohan disebabkan penggunaan CGI untuk ‘menghidupkan’ pelakon yang telah arwah.

Disebalik kekecohan ini, tidak ramai yang perasan (termasuk kau) bahawa mereka telah berjaya menghasilkan efek penerbangan menggunakan teknik yang kau selalu buat kat anak kau — dukung depan skrin TV gaya Superman dan biarkan anak kau mula berimaginasi.

Cuma, beza di antara apa yang kau buat berbanding dengan Hollywood ialah level kecomelan, bajet… dan saiz.

Selepas dodoian bini dan awek cantik, ini dodoian idaman setiap bapa yang meminati Star Wars

Demi menaikkan martabat diri sendiri sebagai peminat Star Wars nombor satu dalam dunia, pengarah filem Rogue One: A Star Wars Story, Gareth Edwards telah memutuskan untuk merakamkan adegan melalui pandangan kokpit pesawat X-wing — dengan mencipta simulasi penerbangan menggunakan kren dan skrin LED gergasi setinggi 52 kaki

… Sebenarnya hampir kesemua scene dalam filem tersebut di-shoot menggunakan kaedah skrin LED…

Dan kren

6. Larian Captain America Ibarat Prank Dalam Rancangan Jackass

Untuk menghasilkan filem superhero tanpa menggunakan CGI memang satu perkara yang agak mustahil — lagi-lagi jika ia membabitkan gergasi dan manusia luar biasa yang memakai baju ketat atau memakai baju perisai berteknologi tinggi.

Tetapi sebenarnya, kebanyakan aksi dalam francais filem The Avengers dihasilkan secara real di set pengambaran.

Opocot abah kau!

Ya — scene di atas dilakukan tanpa bantuan CGI (tetapi pengarah filem mungkin mendapat ‘bantuan’ kokain se-highway).

Kalau kau perasan, betapa lajunya pelakon-pelakon stunt mencicit lari apabila lori tersebut menghentam dinding dan lori bukanlah satu-satunya objek yang dilempar ke arah pelakon stunt dalam proses pembikinan filem tersebut.

Ibarat larian kau dari masalah hidup

Tetapi, menurut pengarah Sebastian Stan, aksi paling berisiko yang dilakukan oleh tim beliau ialah ketika penghasilan efek larian super laju Captain America:

Ini pula cara masalah hidup mengejar kau

Untuk mendapatkan efek larian yang power, pelakon stunt untuk watak Captain Amerika memakai sut berserta wayar yang dicangkuk pada sebuah kenderaan SUV.

Kemudian, SUV itu dipandu dengan laju dan pelakon stunt tersebut terpaksa berlari sambil memastikan diri beliau tidak jatuh memakan lantai yang juga sedang bergerak.

Beep beep! Aku Roadrunner, motherfucker!

5. Krew Filem Deepwater Horizon Membina Pelantar Minyak Sebenar

Okay, sekarang kau dah tengok teknik-teknik istimewa yang digunakan oleh pengarah-pengarah gila bagi mencapai efek yang mereka mahukan.

Tetapi, pengarah filem Deepwater Horizon bernama Peter Berg telah berjaya menjadi penanda aras baru untuk gelaran pengarah filem gila.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Filem ini adalah berdasarkan melapetaka pelantar minyak dan ya, seperti dalam header untuk bahagian ini; beliau mengarahkan tim pengambaran untuk membina pelantar minyak sebenar.

filem-filem-barat-deepwater-horizon-1Summit Entertainment
Contoh dedikasi disulami pembaziranSummit Entertainment
Contoh dedikasi disulami pembaziran

Replika yang hampir 85% sama dengan sebuah pelantar minyak dalam tragedi kebakaran pelantar minyak di Teluk Mexico pada tahun 2010 itu dibina oleh 300 pekerja dan memakan masa selama 8 bulan untuk dibina.

Kemudian, sang Peter Berg mengarahkan krew perfileman untuk membakar binaan tersebut.

Basically, mereka membakar hampir kesemua bahagian replika pelantar.

Interior pun deme bakor.

Air tasik di sekeliling pun deme bakor.

Mark Wahlberg pun deme bakor.

Bayar juta-juta, ape adehal

Pada bahagian-bahagian yang tak boleh dibakar, mereka menyalakan api dalam skrin LED gergasi.

Dan alang-alang dah buat perkara gila, Peter Berg juga mengarahkan pelakon stunt untuk terjun ke dalam api bagi mendapatkan efek sebenar tanpa bantuan CGI katanya.

Yang dapat juta-juta, Mark Wahlberg… Kau stuntman je… Cian.

4. Telur Pelakon Stunt Dalam Point Break Lebih Besar Dari Telur Kau

Untuk kau yang cuma layan filem Frozen atau Upin & Ipin, filem Point Break yang ditayangkan pada tahun 2015 merupakan filem aksi remake untuk tajuk yang sama pada tahun 1991.

Filem ini mengisahkan tentang penyiasatan seorang anggota FBI ke atas sekumpulan ahli sukan ekstrem.

Dan sudah menjadi lumrah filem aksi Hollywood, ia akan dipenuhi dengan adegan-adegan aksi yang tak masuk akal.

Rumput pun bergerak? Komputer ni
Aksi beberapa minit diorang ni adalah 100x lagi menarik dari kisah hidup kau

Sebelum kau menjerit “Eleh, komputer boleh la!”, perlu diingatkan bahawa kau kena semak balik tajuk artikel ini.

Aksi luncuran udara di banjaran gunung-ganang ini sahaja mengambil masa selama setahun untuk persiapan, dua minggu untuk pengambaran dan hampir mengorbankan nyawa salah seorang pelakon stunt yang terbabit.

Jika anda perasan yang rumput tu bergerak apabila pelakon-pelakon stunt meluncur melepasi kamera, ia sebenarnya terjadi secara tak sengaja — mereka berada terlalu dekat dengan tanah dan hampir terhempas pada kelajuan 225 km/j!

Tiada dalam gambar: telur gergasi terbang di dalam sut

Aksi-aksi berisiko tinggi lain seperti snowboarding dan surfing juga merupakan 100% real sehingga salah seorang pelakon stunt telah menjadi mangsa pengambaran apabila muka beliau terhempas ke lantai laut.

Damn.

3. Telur Pelakon Stunt Dalam Hardcore Henry Paling Besar Sebenarnya

filem-filem-barat-hardcore-henryHardcore Henry

Filem Hardcore Henry merupakan mimpi basah untuk kaki-kaki Counter-Strike, Half Life, Call of Duty & game-game genre FPS yang lain.

Tak percaya? Tengok trailer ni, merecik bai:

Bagi mendapatkan efek pandangan manusia yang sempurna dan dalam masa yang sama memastikan pelakon dapat melakukan aksi yang mantap bergaya, sebuah alat khas telah dipakaikan pada kepala pelakon.

Helmet yang sebenarnya layak dibida berpuluh ribu ringgit

Alat ini diberi nama yang agak comel jika dibandingkan dengan rekaannya yang agak brutal iaitu “The Adventure Mask” dan dibina menggunakan dua kamera GoPro serta mekanisma pengimbangan magnetik.

Ia telah melalui proses ujian menggunakan layar wayang berulang kali bagi memastikan kau tak termuntah apabila menonton filem ini.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Tetapi alat ini hanyalah ibarat pemanis bagi pelbagai aksi awesome di dalam filem ini.

Bahan ‘masakan’ utama? Kehebatan pengarah fotografi & saiz telur pemakai The Adventure Mask itu.

Dari memanjat dan terjun bangunan…

… Dan kena sembur dengan flamethrower

… Sehingga menyapa mesra kematian…

Welcome to Russia, Sir!”

… Semuanya dilakukan dengan real dan tahap komitmen yang sangat tinggi oleh krew pengambaran.

Dan standard orang Rusia, no one gives a fuck….

Kalau kau rasa semua stunt yang mereka lakukan bahaya dan ada risiko kematian, kau tak salah. Malah, pembikin filem ini pun bersetuju dengan kau.

2. Hantu ‘Crooked Man‘ Dalam Filem The Conjuring 2 Adalah Manusia

Selain Dato’ Lee Chong Wei, James Wan merupakan salah seorang rakyat Malaysia dari kaum Cina yang Perkasa dan kumpulan Ultra-Melayu lain tak malu untuk mengaku beliau sebagai ‘orang kita’.

Jika anda salah seorang dari peminat-peminat ayahanda filem seram Hollywood ini, pasti anda pernah menonton filem The Conjuring 2 dan scene di bawah merupakan antara scene paling diingati ramai:

Kalau kau tengah baca artikel ni malam-malam… Jangan lupa ayat Kursi… Hihi

James Wan terkenal dengan kecenderungan untuk menggunakan pelbagai teknik menarik bagi menghasilkan rasa terkejut dan seram di kalangan penonton seperti perabot yang bergerak secara tiba-tiba.

Punya lah real sampai pelakon hantu pun melompat

Selain itu, James Wan juga mengambil khidmat pelakon makhluk aneh professional, Javier Botet untuk menghidupkan watak The Crooked Man.

Ya, watak yang nampak seperti dianimasikan oleh komputer ini sebenarnya hanyalah seorang manusia yang memang mempunyai fizikal pelik dan mempunyai skil lakonan tahap pemenang Oscar.

Cuma sayangnya beliau tidak mempunyai rupa fizikal (atau tetek) yang menarik untuk ditayangkan bagi merangkul anugerah berprestij itu.

Oh ya, selain dari perabot bergerak, James Wan juga berjaya mencipta efek teleport di bawah tanpa bantuan CGI — cukup dengan teknik stunt yang merecik:

Yang tak akan approve James Wan ni power hanyalah ISMA

1. Krew Filem The Revenant Mencipta Runtuhan Salji Sebenar

Filem The Revenant merupakan percubaan memenangi anugerah Oscar paling maksima untuk pelakon jantan ini.

Ini kerana semenjak zaman Justin Bieber beliau sehinggalah naik martabat menjadi pelakon otai, Leonardo DiCaprio gagal memenangi anugerah tersebut sehingga menjadi bahan jenaka netizen.

Antara contoh usaha maksimum beliau ialah memakan hati Bison mentah yang sebenar dalam sebuah babak. Beliau juga memakan ikan hidup seakan-akan Gollum cuma lebih hensem, lebih berbulu dan tidak separa bogel.

Bad Smeagol! Gollum… Gollum!”

Bintang filem ini terlalu taksub untuk mencapai tahap realisme yang tinggi sehingga kebanyakan aksi beliau harus mendapat kebenaran peguam dan ahli undang-undang.

Tetapi, pengarah filem ini tidak kurang taksubnya kalau nak dibandingkan dengan Leo DiCaprio.

Sepanjang proses pengambaran di kawasan bersalji tebal, beliau melarang krew beliau menggunakan perkakas lighting untuk membantu pencahayaan.

Perlu diingatkan di lokasi pengembaraan iaitu di utara Kanada, kehadiran cahaya matahari yang terang adalah ibarat kehadiran cahaya keinsafan dalam diri kau – kadangkala ada, kalangkada tiada.

Ibarat seorang adik kawasan yang taat, Leo DiCaprio juga menuruti kesemua perintah pengarah filem untuk melakukan semua aksi brutal dan bahaya tanpa bantuan pelakon stunt seperti berenang dalam sungai ais, memanjat gunung dan lain-lain.

Hanya satu adegan sahaja memerlukan ‘korban’ seorang pelakon stunt iaitu apabila watak DiCaprio jatuh menjunam dari air terjun.

Segila-gila bos kau, gila lagi bos mamat ni

Dan kesemua di atas tidak dapat melawan ketaksuban pengarah filem apabila beliau mahu mendapatkan scene runtuhan salji dalam filem tersebut.

Tanpa memikirkan mengenai  penggunaan CGI, beliau mengarahkan krew untuk menaiki helikopter dan terbang ke atas gunung setinggi 8,000 kaki sebelum menjatuhkan bahan letupan dynamite

… Hanya untuk mendapatkan reaksi dan shot sekali seumur hidup ini:

Alam sekitar? Apa tu?

Power. Gila.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…