Cosplay di dalam Kamus Pisang Doh Edisi 1.0 membawa maksud aktiviti (sedikit) kurang normal orang dewasa yang memakai kostum kartun walaupun dah mampu membuat zuriat.

Punyalah kurang normal sehingga maksud “cosplay” hanya wujud dalam blog picisan dan Wikipedia versi bahasa Melayu sahaja — swafoto pun dah masuk Dewan Bahasa & Pustaka weh!

Kau tahu benda tu tak normal bila jadi porno pun masih nampak pelik…

Untuk mengelakkan kami dari dikecam teruk oleh penggiat cosplay yang berjiwa koyak, kami mampu menjadi fair.

OK lah, aktiviti cosplay masih boleh dikira normal jika ia dilakukan dalam acara-acara atau konvensyen cosplay dan komik seperti KOMIKON. Oh, dan juga sewaktu clubbing pada malam Halloween.

Contohnya, brader dan akak ni:

“Nama wa, Jack Spaliow!”
“Biar saya belah dada awa untuk lihat cinta awa… Cia cia cia.”

Dan Mighty Muslim Power Rangers di bawah:

“Zordon? Kami punya, nama dia Zahiruddin…”

Tetapi, gelaran normal ini akan serta-merta terbatal apabila seseorang atau sekumpulan individu melanggar peraturan tak bertulis ini dengan memakai cosplay di luar acara khas & BUKAN disebabkan menerima gaji.

Malangnya, masih ada mereka-mereka yang bukan sahaja sengaja — walaupun ada yang terpaksa — malah serius dalam mengenakan cosplay di tempat awam…

… Dan serius sebenarnya sesetengah dari mereka agak kelakar….

5. Pemenang Loteri Di China Memakai Kostum

China News

Tidak perlu tunggu bonus 12 bulan pun, apabila anda mendapat duit BR1M, pasti salah satu perkara di bawah bakal/pernah terjadi:

  • Kena pow dengan bini, suami atau adik-beradik
  • Orang minta pinjam
  • Orang minta kau bayar hutang

Bayangkan kalau kau dapat durian runtuh sebanyak RM20 juta.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Semua perkara di atas pasti akan terjadi dan anda boleh menambah “tiba-tiba ramai orang mengaku saudara” dan “kemungkinan dirompak atau diculik” pada senarai di atas.

Disebabkan itu, pemenang loteri di China mula datang ke majlis kutipan cek dengan memakai topeng.

Masih normal

Tetapi mungkin kerana perangai OKB sudah mula menular sebelum mendapat wang, mereka mula naik ‘naik syeh’ dan memakai kostum penuh.

China News
“Kamilah Orang Kaya Baru!”

Setakat ini, yang paling gempak ialah brader yang datang memakai kostum seolah-olah kacukan beruang dengan Pikachu:

Raut wajah beliau cool tanpa riak dan angkuh…

4. Brader Pikachu Bersih 5 Di Malaysia

Malaysiakini

Ketika berlangsungnya Bersih 5 pada tahun lalu, kita dapat melihat betapa kreatifnya rakyat Malaysia dalam menarik perhatian media.

Mauricia Grace / KiniTV
Contohnya, wanita yang memakai kostum isteri kepada mantan PM Umno… Eh?

Tetapi seorang lelaki berjaya menarik perhatian semua orang kerana beliau hadir dengan berpakaian seperti seekor Pikachu yang comel dan gebu.

Menurut beliau yang turun dari Johor semata-mata untuk menyertai Bersih 5, beliau mahu menambah keceriaan pada acara tersebut.

“Jika, jika, Jikachu! Jilake!”

Well, kau berjaya bang. Berjaya menjadi seekor Pikachu J yang kelakar. Tahni.

3. Perlawanan MMA Bertemakan Superhero Di UK

Hampir kesemua kanak-kanak pernah berimaginasi untuk berlawan sebagai superhero kesayangan mereka.

Walaupun ianya proses normal dalam proses membesar, sesetengah dari kanak-kanak akan terbawa-bawa impian mereka itu sehingga ke alam dewasa.

Jadi tak hairanlah jika ada pihak yang akan menunggang peluang ini untuk membuat duit dan terhasillah perlawanan MMA bertemakan superhero dari tahun 60-an.

Maka, dapatlah kau menonton Batman & Robin bergasak…

No komen

Dan duo tersebut gang bang ke atas Spiderman…

Jilake, dua lawan satu pun tak lepas

Oh, ada plot twist — kau juga akan melihat watak penjahat Riddler membantu Batman & Robin dalam kempen ganyang Spiderman:

Hardest Man |
Lagi best dari WWE!

2. Majlis Pengebumian Bertemakan Watak Kartun & Filem

SWNS

Majlis pengebumian memang sinonim dengan kesedihan dan suasana murung.

Mungkin kerana beliau seorang yang ceria dan mempunyai kolam jiwa yang jernih sewaktu hayatnya, seorang lelaki di Newcastle membuat wasiat agar semua orang memakai kostum apabila beliau meninggal dunia.

Dan sahabat handai serta ahli keluarga beliau yang sporting menurut kehendak mendiang.

Idea tema raya untuk korang yang terlebih kreatif

So, buat pertama kalinya dalam sejarah, majlis pengebumian dihadiri oleh Stormtrooper, Super Mario dan err bacon

Jangan kau pula minta benda yang sama bila kau meninggal, bang. Habis nanti semua saudara-mara kau dikafirkan oleh pak imam and jemaah masjid.

1. Band Rock Yang Bertemakan Kostum Cosplay

The Cybertronic Spree

Semenjak band legend, KISS memakai gincu dan menempek bedak sejuk di wajah mereka, kostum bukan lagi perkara asing untuk band-band rock terutamanya genre heavy metal.

Cuma, ada sesetengah band rock yang mempunyai jiwa cosplayer membawa definisi kostum band mereka ke level lain.

Contohnya, band yang bernama The Cybertronic Spree merupakan band serius dalam membawa imej Transformers mereka.

Bilalah diorang ni nak dapat peluang buat OST untuk filem Transformers sebenar… Cian

Kalau kau rasa band di atas dah merapu, kau belum tengok band-band cosplayer kipas-susah-mati Harry Potter seperti The Blibbering Humdingers, The Moaning Myrtles dan nama fevret kami, As I Lay Dobby.

“….”

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…