Antara pencapaian kemajuan teknologi ialah apabila saintis dan jurutera dapat mengecilkan sesuatu alat yang besar.

Lihat sahaja bagaimana gigihnya para saintis dan jurutera mengecilkan telefon, dari sebesar laptop, ke saiz bata bunuh anjing sehinggalah ke saiz tapak tangan…

Erm… Sebelum dibesarkan balik?

Walaupun dalam artikel lain, kami menegaskan bahawa saiz bukan segala-galanya — namun, sesetengah benda atau objek tampak lebih awesome dan menakjubkan disebabkan saiz yang besar gedabak.

Lebih mengagumkan, jika ia kelihatan futuristik dan mampu memberi pemandangan seakan-akan dari filem sains fiksyen rekaan Hollywood Al-Yahud. Antaranya:

6. “The Russian Woodpecker” Nampak Seperti Tembok Penghalang Kaiju

Wikipedia

Pada tahun 1976, signal radio di sekeliling dunia terganggu dek bunyi ketikan misteri yang diberi gelaran “The Russian Woodpecker“.

Tiada siapa tahu sumber bunyi tersebut sehingga para peminat teknologi radio ketika itu berjaya mengesan lokasi kawasan di mana bunyi tersebut dihasilkan — iaitu di Chernobyl, Ukraine.

Dan struktur yang menghasilkan bunyi ketikan pada ruang udara radio itu kelihatan seperti ini:

Elemen yang akan membuatkan gambar ini gempak ialah seekor raksasa Kaiju yang cuba meruntuhkan tembok tersebut.

Struktur gergasi setinggi 500 kaki yang seakan-akan tembok untuk menghalang kemasukan “Kaiju” atau raksasa Jepun itu menimbulkan banyak spekulasi mengenai fungsi utamanya.

Ada yang menuduh bahawa ia dibina sebagai mesin pengawal minda, mesin pengawal cuaca dan pelbagai spekulasi serta teori konspirasi yang merapu.

Sumber besi buruk paling besar untuk mat pit Russia…

Walaupun selepas tragedi nuklear Chernobyl, bunyi ketikan daripada struktur ini masih kedengaran untuk beberapa tahun sebelum ia menjadi senyap untuk selama-lamanya.

Hanya selepas Perang Dingin berakhir, rahsia struktur ini berjaya dibongkar. Ia sebenarnya merupakan teknologi radar pengesan peluru berpandu yang dinamakan Duga-3…

Ryan Menezes
Siapa rajin edit letak gambar raksasa, abang belanja rokok sekotak. Hehe

Hmmm… Bosan pulak. Rasanya teori tembok penghalang Kaiju lagi menarik….

5. Makmal Paling Senyap Di Dunia Nampak Seperti Video Game Aneh

Kau nak ketenangan, tempat yang kosong & senyap? Pergi ke surau-surau sebelum/pada waktu subuh. Nak tempat yang betul-betul senyap? Pilihan kau ada dua iaitu:

1. Kawasan perkuburan, atau…

2. Kamar anechoic (kalis bunyi & gema), seperti di Pangkalan Tentera Udara Edwards di California, AS.

Apa yang kelihatan ibarat scene penculikan kapal terbang oleh spaceship makhluk asing di bawah adalah salah sebuah kamar anechoic — dan lantai spiky berwarna biru adalah alat penyerap bunyi serta penyerap gelombang radar yang dibuat dari polyurethane.

Bukan penculikan Miyabi.

Disebabkan ia kalis gelombang bunyi & elektromagnetik, Tentera Udara AS menggunakan kamar itu untuk menguji alatan radar pengesan yang sensitif.

Mungkin juga digunakan untuk background video klip yang paling cool.

Oleh kerana malas membaca, ini mungkin kali pertama kau mengetahui mengenai kewujudan kamar anechoic ini.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Sebenarnya, ia digunakan secara meluas oleh pusat kajian angkatan tentera dan syarikat teknologi — dan semua kelihatan seperti suasana dalam filem sains fiksyen atau game.

Antara yang nampak paling alien ialah di syarikat Eckel Industries:

Psychedelic gila…” Kata pian, seorang kaki ganja.

Dan of course, syarikat teknologi cekik darah yang menghasilkan gadget ‘have-have‘ iaitu Apple mempunyai 17 kamar anechoic yang menelan belanja sebanyak USD 100 juta untuk dibangunkan dan digunakan untuk menguji iPhone:

“Gangguan signal dan bunyi hanya terjadi jika iPhone dibeli guna duit PTPTN.”

Tetapi jika kau nak pergi ke tempat paling senyap di muka bumi sehingga kau boleh mendengar darah kau mengalir dan molekul bergeseran, ia berada di makmal audio Microsoft:

Kalau kau sado macam brader ni, mungin kau boleh dengar otot kau menjerit kejantanan.

4. Stesyen Janakuasa Solar Terbesar Nampak Seperti Hub Pendaratan UFO

Jauh di pedalaman gurun Mojave di California, wujudnya struktur gergasi yang nampak seperti tempat mengecaj UFO.

Ethan Miller/Getty Images
Nota: Bukan gambar kopipes

Memperkenalkan, stesyen janakuasa solar Ivanpah yang merupakan stesyen janakuasa solar paling besar di dunia.

Ia merupakan salah satu projek yang bakal membekalkan 33% tenaga elektrik untuk California menjelang 2020 (manakala Malaysia pula burst deadline dan berganjak ke TN50).

“Kami gembira deadline dianjak ke depan! Yeayy!”

Secara logiknya jika kau nak perah tenaga dari matahari, lebih banyak cermin akan membuahkan lebih banyak hasil. Dan stesyen Ivanpah mempunyai 173,500 cermin. Dengan keluasan seluas 3,500 ekar, ia cukup untuk membekalkan tenaga elektrik untuk 140,000 rumah.

Ethan Miller/Getty Images
Kak, jangan guna cermin ni untuk OOTD… Terbakor tudung akak nanti…

Jika kau rasa stesyen ini kelihatan seperti menara Sauron yang futuristik, kau tak berapa salah.

Walaupun developer stesyen ini cuba menunjukkan kasih sayang kepada binatang dengan memindahkan semua spesies kura-kura penghuni gurun sebelum membina stesyen tersebut — ciptaan mereka ‘dahagakan’ darah.

Stesyen Ivanpah menjadi penyebab kepada pembunuhan burung ‘beramai-ramai. Disebabkan pantulan cahaya dari cermin yang terlalu panas, apa sahaja yang melalui ruang udara stesyen ini akan terbakar tanpa belas ihsan.

Ethan Miller/Getty Images
Silap-silap ‘burung’ pekerja pun boleh ‘mati’…

Dianggarkan seekor burung akan dipanggang secara tak sengaja pada setiap dua minit…

3. Laser Paling Power Di Dunia Nampak Seperti… Well, Laser Paling Power Di Dunia

| Pisangdoh.com

Menurut Universiti Rochester, fungsi utama department makmal yang dipanggil Laboratory For Laser Energetics atau LLE adalah untuk “mengkaji hubungan di antara reaksi radiasi intensif ke atas jisim“.

Dalam erti kata lain, ia bermaksud “let’s blow shit up guna laser, bro”. Laser seperti ini:

| Pisangdoh.com
“Bang, mana lagi power? Laser kitorang ke laser Iron Man?”

Senjata… Ehem sorry, mesin penghasil laser setinggi 30 kaki dan mempunyai panjang 330 kaki ini dipanggil OMEGA. Nama yang sangat cool untuk mesin yang menghasilkan laser paling power di dunia.

Cahaya laser yang dihasilkan oleh OMEGA mempunyai ukuran tenaga setinggi 40,000 joule — cukup untuk memusnahkan telur kau dengan sekali das.

SWBR
Mungkin juga boleh menukar kau menjadi The Hulk…

2. Tesla Coil Gergasi Rahsia Tinggalan Soviet Union

Kalau kau sempat main game Command & Conquer: Red Alert kau pasti pernah membina Tesla Tower iaitu menara yang mampu menghasilkan tenaga elektrik killer.

Rupa-rupanya, ia bukan rekaan fiksyen dalam game sahaja: ‘Tesla Tower’ sebenarnya wujud di dunia nyata.

Jika anda merentasi jauh ke dalam hutan yang jaraknya kira-kira 25 batu dari Moscow, anda mungkin akan menemui menara menara yang mempunyai ketinggian 130 kaki.

Tiang pun ada gambar 3 musim. Kau hado?

Jangan risau bang. Menurut kerajaan Russia, struktur yang dinamakan Pusat Kajian Generator Voltan Tinggi Marx & Tesla hanyalah untuk tujuan kajian dan bukan senjata — walaupun ia boleh melancarkan tenaga elektrik sehingga 500 kaki ke udara DAN mempunyai kuasa yang sama tinggi dengan penggunaan elektrik negara tersebut.

Ia sekarang menjadi hak milik Institut Kejuruteraan Elektrik Russia dan ia sepatutnya bukan digunakan untuk tujuan yang sama seperti dalam game Red Alert…

… Tetapi kadangkala kau boleh nampak pancaran elektrik dilancarkan dari menara tersebut. Seperti dalam game Red Alert.

“Kami test power je, bang…” Kata seorang jurutera yang sedang bosan.

1. Pusat Kajian Tenaga Fusion Nampak Seperti Dari Filem Angkasa Lepas

Tenaga fusion merupakan impian saintis-saintis level otai untuk menghasilkan sumber tenaga yang boleh betul-betul menggantikan tenaga bahan api tradisional.

Teori penghasilannya sangat ‘mudah’: ia perlu dihasilkan dengan memimik teras matahari

Banyak negara maju yang cuba melaksanakan projek ini tetapi disebabkan mudahnya projek ini, banyak juga projek yang ditutup kerana kekurangan dana.

Salah sebuah negara yang masih meneruskan projek ini ialah negara hentai, Jepun.

Pusat yang menempatkan Large Helical Device (LHD) — atau alat yang bakal menaikkan darjat nerds ke level godlike — terletak di Toki, Wilayah Gifu.

Percubaan LHD untuk memimik teras bintang ialah dengan memerangkap plasma yang panas kurang dari neraka menggunakan gelombang magnetik, dan ditempatkan dalam tiub logam sepanjang 44 kaki.

Dari luar LHD kelihatan seperti kilang Proton:

“Pala total kau kilang Proton…!” Jerit Suzumaki sambil menunjukkan jari tengah.

Tetapi, jika kau masuk ke dalam, ia ibarat scene hentai robot:

Tengok, diorang tak pakai komputer flat screen pun Kau tu acah-acah takde Macbook tak boleh buat kerja.

Untuk mencapai fusion yang biasa dihasilkan oleh bintang yang mempunyai 330,000 kali ganda beban bumi, LHD perlu mencapai 100 juta darjah Celcius.

Gelombang magnetik digunakan bagi mengelakkan dari cecair plasma tersebut dari menelan tiub logam. Cuma yang kami tak pasti, kenapa ia perlu berbentuk tentacle?

Mungkin Japanese is just being Japanese… Hehe.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…