Dalam barang harian yang anda gunakan, terdapat beberapa produk yang kau expect mengandungi bahan-bahan yang dihasilkan daripada binatang.

Contohnya: keju, susu atau minyak lintah.

Selain itu, ada juga beberapa produk yang kau suspect mungkin mengandungi bahan-bahan yang juga dihasilkan daripada haiwan tertentu.

Contohnya: roti, coklat Cadbury atau vaksin.

Seiring dengan kemajuan media sosial, sebarang bentuk penemuan bahan binatang yang tak di-expect dalam barang harian pasti akan mendapat reaksi yang menggambarkan kemunduran berfikir dan bertenang — lagi-lagi di kalangan rakyat Malaysia.

“Haa, itu ada babi! Hah, ini ada babi! Semuanya BABI!”

Disebabkan kami akan berkongsi fakta yang mungkin kau tak expect, tak suka dan dalam bahasa ‘orang kita’… Kami pasrah dengan apa jua reaksi dari para pembaca semua.

Walaupun kitorang tak kenal kau bang, tapi terima kasih kerana backup.

Diharapkan semua sudah mencuci kolam jiwa siap-siap sebelum dan selepas membaca. Allahu. Jangan ada yang pergi tag Jakim untuk minta cop halal bagi semua produk di bawah dah la…

4. Dakwat Tatu Dibuat Daripada Tulang Binatang Rentung

Okay, tatu mungkin bukan produk yang digunakan oleh kau kalau nama gelaran kau bukan Along The Red Dragon, Man Tiger atau Awi.

Mata, hati, jiwaa ~ Eh, bukan awie…

Untuk anda yang tidak atau sudah bertatu, mungkin fakta ni tak berapa perlu diambil kisah. Tetapi, jika anda bertatu dan dalam masa yang sama anda seorang vegetarian — kau wajib kisah.

Ini kerana kebanyakan dakwat moden yang digunakan untuk mencacah tatu dibuat daripada tulang binatang yang telah dibakar sehingga rentung.

Itulah rahsia di sebalik warna hitam berkilat yang memberi feel metal kepada pemakai tatu.

Bukan itu sahaja elemen binatang yang wujud pada dakwat tatu. Lemak binatang sering digunakan untuk menyeimbangkan kepekatan dakwat tatu.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Manakala gelatin yang dibuat dari telapuk kaki binatang seperti kuda atau babi juga digunakan sebagai pelikat dakwat tatu.

So, kalau ada kawan-kawan kau yang bertatu tapi acah-acah hipster vegetarian dan menyayangi haiwan — dia layak menerima penampar buaya daripada kau.

Ini baru betul definisi ironi…

Bukan kerana dia Melayu, tetapi kerana dia bebal….

3. Pelembut Fabrik Memang Selembut Lemak Kuda

Apabila menonton televisyen dan iklan pelembut fabrik disiarkan, pasti kita semua akan menyedari tema biasa iaitu fabrik tersebut selembut pipi bayi.

Kalaulah pengiklan itu jujur, pipi bayi tersebut sepatutnya digantikan dengan bontot atau perut lembu.

Reaksi patung panda tu dah almost jujur dah…

Samada dalam bentuk kain atau cecair, pelembut fabrik melembutkan pakaian melalui proses menyalutkan sejenis lapisan yang memberi efek lembut serta bebas geseran.

Komponen paling utama dalam penghasilan salutan tersebut adalah lemak daripada pelbagai haiwan seperti kuda, lembu serta kambing biri-biri.

Persoalannya, adakah binatang-binatang tersebut disembelih dengan sempurna?

“Mana cop halal? Mana JAKIM? Main golf je kerja kau!! Eh, tu zakat…”

Well, kalau kau tak selesa untuk menggunakan pelembut fabrik setelah membaca artikel ini, alternatif untuk kau ialah dengan menggunakan cuka.

Cuma, perlu diingatkan bahawa cuka tersebut perlu dimasukkan hanya setelah air telah diisi ke dalam mesin basuh.

Kalau tidak, jubah kau makruh di bawa solat kerana bau yang boleh menganggu khusyuk jemaah lain.

Meme Generator

2. Bukan ‘Susu’ Lelaki Sahaja Dalam Kondom

Di peringkat awal teknologi penghasilan kondom, ia pada asalnya dibuat daripada usus kambing-biri-biri.

“Usus biri-biri? Ngeh ngeh ngeh… Ganass…”

Hanya kemudiannya kondom yang dihasilkan menggunakan getah dicipta. Tetapi, apa yang kau tak tahu, elemen kebinatangan masih dikekalkan.

Tak, bukan sahaja pemakai sahaja yang mempunyai elemen kebinatangan — cecair lubricant dalam kondom juga sebenarnya dihasilkan menggunakan cesein atau kompaun dari susu lembu.

Cesein digunakan untuk memastikan permukaan getah lebih licin dan mesra zakar.

Dan kadangkala, pengeluar kondom juga menambah serbuk susu ke dalam kondom.

Adakah itu sebabnya ia dipanggil “adik”?

Menurut doktor, ada kebarangkalian kecil bahawa cesein pada kondom boleh menyebabkan alahan kepada pemakai yang alah kepada susu.

Jadi, kalau kau terpancut awal, kau boleh guna alasan ni. Hehe.

1.  Duit Di Sesetengah Negara Dilindungi Oleh Lemak Babi…

… Tak, main-main je. Hehe. Lemak itu pasti, tetapi bukan babi.

Fakta ini mula tersebar apabila pencinta haiwan, golongan vegetarian dan ahli-ahli agama di UK mula mempersoalkan kewujudan lemak binatang dalam wang kertas polimer apabila ia mula digunakan secara meluas.

Setelah melakukan kajian, telah didapati bahawa wang kertas moden daripada plastik polimer sebenarnya mengandungi tallow atau lemak yang diambil daripada kuda, lembu serta kambing biri-biri.

Semenjak fakta ini tersebar di UK, seramai 135,000 orang telah menandatangani petisyen online untuk menghentikan penggunaan bahan dari haiwan dalam penghasilan wang kertas polimer 5 pound.

Menurut syarikat yang membekalkan polimer tersebut, mereka baru sahaja menyedari isu yang dibangkitkan dan akan cuba melakukan perubahan dan menghentikan kekejaman ke atas binatang — tetapi ia akan memakan masa yang sangat lama.

Dalam erti kata lain, mereka dengan halus mengatakan fak u kepada semua yang memprotes.

Apa nak kisah? Janji duit ‘keluar’…

Ke 24 negara pulak tu. Termasuk negara pimpinan Al-Amirul Mukminin yang tercinta. Allahu.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…