Kita semua biasa mendengar kisah-kisah mengenai askar legend yang gempak. Sebagai contoh, pasukan tentera Malaysia yang menyelamatkan tahanan militia di Somalia menjadi inspirasi untuk filem Black Hawk Down.

“Oooo, hang melayu rupenye… Oghang Kedah?”

Adalah menjadi sesuatu yang sangat cool jika sepasukan tentera menang dalam situasi hampir mustahil.

Ia lebih cool jika seorang sahaja tentera melakukan perkara yang sama. Tetapi, secara automatiknya seorang askar akan menjadi legend jika beliau mengangkat sebelah kening terhadap segala macam senjata canggih…

… Dan mungkin mengeluarkan ayat seperti, “Heh! Fak lah. Sonang bonar kalau camtu.”

Kisah-kisah di bawah adalah mengenai segolongan manusia yang tidak memerlukan peluru untuk melakukan perbezaan di medan perang.

Mereka tahu bahawa perang tidak dimenangi oleh orang yang kelihatan paling stylo dengan senjata canggih. Sebaliknya, perang dimenangi oleh siapa yang mempunyai telur paling besar:

4. Tentera UK melakukan Tackle Sempurna Ke Atas Motorsikal

Dalam filem-filem aksi, aksi melompat untuk tackle sesuatu atau seseorang merupakan perkara normal dan berakhiri dengan kejayaan.

Ia dilakukan oleh sekumpulan manusia yang sudah berlatih bertahun-tahun untuk melompat tanpa mematahkan leher.

Tetapi kadangkala dalam perang, ia memaksa seseorang untuk melakukan perkara yang sama — tanpa persiapan mahupun pad pendaratan.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Selalunya, kemungkinan besar percubaan desperado ini akan berakhir dengan kecederaan atau kematian…

Tapi kadangkala, legend berjaya dilahirkan.

Lee Stephens, seorang anggota tentera UK bersama buddies beliau sedang mengejar dua orang pengebom berani mati di atas motorsikal menggunakan kereta perisai tentera UK.

Ibarat tim beregu yang tidak akan tumpas di peringkat saringan, salah seorang dari pengebom tersebut melepaskan tembakan tanpa henti. Manakala yang seorang lagi memastikan motor mereka kekal hidup dan bergerak.

Tiada Dalam Gambar: Tidak kalah di peringkat saringan.

Begitu juga dengan tim Lee Stephens. Bezanya, rakan beliau memandu manakala beliau kehabisan peluru.

Mungkin beliau juga peminat filem Hollywood kerana Lee Stephens mengambil keputusan untuk menggunakan badan beliau sebagai senjata.

Ya, beliau dengan steady-nya (mungkin) tidak menghiraukan tembakan dan terus melompat ke arah motorsikal tersebut — dan berjaya menumpaskan kedua-kedua pengebom berani mati.

Apabila ditemurah oleh wartawan mengenai aksi heroic beliau, Lee Stephen mengeluarkan kenyataan sempoi:

My muckers were getting shot at and I was hopefully doing what they would do for me in the same situation.”

(“Muckers saya ditembak dan saya hanya melakukan apa yang patut. Saya harap mereka juga akan melakukan perkara yang sama untuk saya jika kami berada dalam situasi yang sama.”)

Well, kami semua di Pisang Doh tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan “muckers“. So, kami assume beliau maksudkan telur beliau.

Mungkin yang dipegang itu bukan helmet… tetapi ‘mucker‘ beliau…

3. Askar Gurkha Membelasah Taliban Menggunakan Tripod

Senjata yang lengkap memang berbahaya. lagi-lagi jika ia dipadankan dengan seorang askar Gurkha. Namun, kadangkala kau tak bertuah untuk mencapai senjata mahupun pisau yang tajam — dan kau cuma ada tripod.

Tetapi, kalau kau dari Bani Gurkha, ia mungkin bukan masalah.

Cate Gillon / Getty
Dalam Gambar: Gurkha. Tiada Dalam Gambar: Fucks given.

Dipprasad Pun — seorang yang mungkin tak kelakar walaupun dilahirkan dengan nama yang agak kelakar — sedang menjalankan tugas berkawal seorang diri di malam hari apabila 30 orang askar Taliban menyerang beliau.

Kesemua senjata yang beliau ada telah habis digunakan untuk menahan serangan tersebut: sepasang machine gun, 17 bom tangan serta sebiji periuk api. Namun, masih ada lagi musuh yang belum tamat riwayat.

Kalau kau, confirm kau dah give up. Entah-entah masa serangan bermula kau dah buat-buat mati.

Tetapi tidak bagi Ayahanda Dipprasad Pun. Beliau mencapai tripod machine gun beliau dan mula membelasah musuh-musuh yang bersenjata…

… Dan beliau berjaya menahan kemaraan musuh sehingga bantuan tiba.

Sebenarnya, kami rasa beliau tidak perlukan bantuan tersebut. Jenis manusia macam Pun ni, kau bagi dia casing Samsung Galaxy S7 pun kami rasa dia mungkin boleh belasah semua kaki gaduh mabuk kat Bangsar.

WPA Pool/Getty Images News/Getty Images
Entah-entah pakai kotak medal tu pun dah cukup…

2. Seorang Korporal Melawan AK-47 Dengan Pisau

Al kisah wujudlah seorang korporal tentera bernama Samuel Toloza yang berasal dari El Salvador. Korporal Toloza mempunyai sebilah pisau lipat yang beliau sentiasa bawa bersama beliau — walaupun sedang bertugas di Iraq.

Malique Ibrahim | Twitter
“Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau~”

Pisau beliau digunakan untuk membuka tin serta paket makanan. ‘Kehidupan’ pisau korporal tersebut boleh dikatakan agak santai… Sehinggalah pada suatu hari Korporal Toloza dan unit beliau diserang oleh militia.

Unit beliau kehabisan peluru dan senjata maut yang lain. Ia bukanlah satu situasi di mana hero akan muncul. Lebih-lebih lagi dari kalangan pisau lipat bersaiz tapak tangan yang lebih sesuai digunakan untuk mengecai ketamin.

Tetapi mungkin Korporal Toloza serta pisau beliau mempunyai pemikiran yang sama:

“Dah sampai sini kot… Alang-alang je pun…”

Lalu, korporal tersebut menyerang militia yang bersenjata berat dengan pisau lipat tersebut — dan berjaya mengucar-kacirkan formasi serangan mereka sehingga bantuan tiba.

Kemudian, pisau serta korporal gila hidup bahagia bersama.

The End

1. Tentera Yang ‘Menyodok’ Pihak Musuh

Kami percaya bahawa tiada apa lagi kisah yang mampu membuatkan anda rasa kagum apabila sudah tiba di penghujung artikel ini.

Tetapi Anthony Kaho’ohanohano bakal membuatkan kau rasa kagum. Bukan setakat nama beliau yang hampir mustahil untuk disebut pantas. Beliau juga seorang true warrior.

“Nama lain gua, Boromir…”

Ketika Perang Korea, Anthony Kaho’ohanohano sedang melawan tentera Korea Utara daripada menawan Korea Selatan.

Beliau kemudiannya berdepan dengan situasi mustahil.

Kesemua ahli pasukan beliau memutuskan untuk berundur dan beliau keseorangan mempertahankan pos beliau.

Anthony Kaho’ohanohano menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan kesemua senjata yang ada sehingga tidak boleh digunakan.

Setelah tiada apa-apa lagi yang tinggal dan beliau telah cedera parah akibat ditembak berkali-kali, Anthony Kaho’ohanohano mempunyai hanya sebuah lagi objek yang boleh dijadikan senjata: penyodok tanah.

Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya terjadi pada hari berdarah tersebut.

Tetapi apabila tentera AS berjaya memenangi perang dan tiba di tempat kejadian, mereka menemui jasad Anthony Kaho’ohanohano, yang masih memegang penyodok…

… Dan dikelilingi oleh 13 mayat askar Korea Utara yang mati dihempuk penyodok.

Anthony Kaho’ohanohano berkorban mempertahankan ‘kedaulatan’ K-Pop dan gadis Bani Melayu. Allahu

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…