Alter ego merujuk kepada personaliti kedua yang dimiliki oleh seseorang.

Kami di Pisang Doh sebenarnya kagum dengan manusia yang mempunyai alter ego rahsia — sehingga kehidupan kedua golongan ini kadangkala lebih havoc dan langsung tidak disangka-sangka.

Sebagai contoh, “Batman sebenarnya ialah Bruce Wayne” atau, “Mat Over sebenarnya apprentice pelempang buaya Raja Bomoh” atau, “sesetengah ahli politik merupakan peliwat tegar”.

Sama seperti Raja Bomoh, Mat Over juga sudah berdekad mempertahankan kedaulatan Al Amirul Mukminin serta negara Malaysia.

Tetapi (hampir) kesemua watak alter ego di atas adalah fiksyen dan rekaan bukan? Kan? Hehe…

Bagaimana pula jika wujud manusia-manusia sebenar yang mempunyai kehidupan rahsia kedua? Manusia-manusia seperti:

4. Dekan & Paderi Yang Merupakan Penguatkuasa Geng Dadah

Rev. Shaun Harrison ialah seorang ahli kariah yang disegani di kawasan kediaman beliau. Selain dari merupakan seorang paderi, Shaun juga merupakan seorang dekan dan aktivis anti keganasan.

Tetapi, tidak seperti mana-mana kebanyakan paderi merangkap dekan serta aktivis anti keganasan — Shaun merupakan penguatkuasa sindiket dadah di malam hari dan di hujung minggu.

“Breaking Bad – Ghetto Version

Kisah Alter Ego Terkantoi:

Orang di sekeliling mula meragui perangai sebenar Shaun sebagai seorang yang warak dan cool apabila dia menolak ganas seorang pelajar hanya disebabkan dia sedang stress.

Sekolah di mana Shaun bertugas sebagai pengajar pada mulanya hanya mahu memecat paderi tersebut sebagai tenaga pengajar.

Tetapi, mereka mula kalut dan membuat laporan polis apabila sebuah video mula viral di kalangan komuniti mereka: video yang menayangkan seorang pelajar ditembak di kepala oleh Shaun.

Ia adalah salah satu tanggungjawab Shaun sebagai penguatkuasa — menjatuhkan hukuman mati ke atas ahli atau musuh.

The Rev” atau “Ayah”

Tetapi, seperti dalam filem-filem Hollywood, orang jahat pasti kalah di penghujung.

Pelajar yang juga merupakan tokan di bawah kelolaan Shaun terselamat dan masih hidup. Dia kemudiannya melaporkan mengenai kegiatan Shaun kepada pihak polis.

Rupa-rupanya, imej alim dan warak serta aktivis anti keganasan telah berjaya menyembunyikan alter ego Shaun yang 360 darjah berbeza selama bertahun-tahun.

Mungkin kau kena jaga-jaga dengan pak lebai yang selalu naik motor petang-petang tu….

3. Cikgu Yang Mengambil MC Untuk Bertanding Di WWE

Matthew Kaye merupakan seorang guru sekolah menengah di New York, AS. Beliau seorang guru biasa yang kadangkala MC, kadangkala lambat dan kadangkala suruh kau baca page tertentu dari buku teks.

Bermula dari tahun 2004, beliau selalu memohon cuti kecemasan disebabkan masalah kesihatan.

Namun, beliau bukan memohon MC kerana mahu menyertai MLM atau mahu membawa bini shopping tudung.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Beliau memohon MC kerana beliau sebenarnya ialah:

“MATT STRIKER”, ahli gusti WWE…

WWE
“Kau samseng sekolah? Kurt Angle pun aku taji…”

Kisah Alter Ego Terkantoi:

Yang kelakar dan peliknya, tiada siapa di sekolah tempat Matthew mengajar menyedari akan hakikat bahawa guru mereka merupakan seorang ahli WWE.

Dan ibarat sengaja mahu memberi clue kepada mereka semua — apabila Matthew mengambil MC untuk ke Jepun bagi menyertai pertandingan gusti — watak beliau ialah seorang cikgu.

Pernah juga apabila beliau bertarung dengan bintang WWE, Kurt Angle — episod yang ditonton ramai dan ada kemungkinan ditonton oleh pelajar beliau — watak Matt Striker membawa personaliti seorang guru.

WWE
Beza brader ni dengan Batman ialah, Batman cuba sedaya upaya tak nak kantoi.

Setelah berbulan-bulan lamanya, baru pihak sekolah dapat mengagak dan membuat kesimpulan bahawa Matt Striker adalah salah seorang guru di sekolah mereka.

Ketika itu, Matthew sudah MC selama 11 kali dalam tempoh kurang setahun. Untuk mengelak dari menerima tindakan disiplin, Matthew dengan sukarela meletak jawatan.

Kini, beliau merupakan salah seorang komentator di WWE dan mungkin kadangkala MC untuk mengajar di sekolah-sekolah.

2. Ahli Anti-Pengganas Yang Juga Pelakon Lucah & Jihadist

Antara perkara paling tidak diingini boleh terjadi kepada sesebuah organisasi anti-terrorism ialah terrorist boleh keluar dan masuk ibu pejabat mereka dengan sesuka hati.

Ini yang terjadi kepada Federal Office For The Protection Of The Constitution (atau Bundesamt fur Verfassungsschutz, atau, dengan penuh rasa syukur untuk memudahkan lidah Melayu anda, BfV) pada tahun 2016.

Kami menyelamatkan anda dari tergeliat lidah… Mulut dah la bau kasturi time puasa ni…

Rupa-rupanya, salah seorang dari staf mereka yang bernama Hans, merupakan seorang wannabe jihadist yang aktif membocorkan maklumat dan juga seorang pelakon porngay porn.

Kisah Alter Ego Terkantoi:

Hans menyertai BfV pada tahun 2014 dengan objektif untuk memberi amaran kepada brotherhood yang dia sudah bai’ah (apa kau ingat geng dakwah Melayu je main bai’ah?).

Pada suatu hari, salah seorang dari agen BfV sedang menjalankan kerja risikan seperti biasa di Internet apabila beliau menemui postings yang agak mengejutkan di salah sebuah forum online.

Seorang lelaki dengan selamba membuat kenyataan angkuh bahawa dia merupakan agen BfV.

Setelah memancing lelaki tersebut ke private chat, agen BfV (bukan Hans) semakin yakin bahawa beliau sedang berhubung dengan rakan sejawat beliau, Hans (suspek pengganas).

Untuk menyedapkan lagi hati beliau, agen tersebut melakukan carian Google ke atas nama samaran online Hans…

Dan BfV mendapati bahawa Hans — seorang suami serta bapa kepada 4 orang anak, ahli radikal, wannabe jihadist — tanpa segan-silu mempunyai sebuah lagi alter ego: seorang pelakon lucah homoseksual.

Nota Editor: Bukan adegan filem lucah homoseksual

Mungkin Hans ni spesies yang keliru samada hendak menjadi menyertai umat Nabi Muhammad atau kaum Nabi Lut….

1. Paderi Konservatif Penganjur Orgies (Dan Kaki Rakam)

Selain dari Shaun Harrison, kebanyakan pak lebai dan paderi kariah sepatutnya mempunyai akhlak contoh selari dengan tuntutan agama masing-masing.

Jadi tidak hairanlah jika Father Andrea Contin, seorang paderi di sebuah bandar di Utara Itali merupakan seorang yang dikenali dengan akhlak yang mulia.

Selain dari berpewatakan ‘warak’ & konservatif, Andrea juga merupakan penentang kuat seks bebas serta bahan-bahan lucah.

CastingCouch sebenar, versi ‘penunggang’ agama

Tetapi, apabila Andrea tidak busy menentang kemungkaran, Andrea akan busy melakukannya…

Kisah Alter Ego Terkantoi:

Pada bulan Januari 2017, seluruh Itali dikejutkan dengan berita mengenai alter ego Andrea — dia bukan sahaja penganjur orgy di lokasi-lokasi yang dimiliki oleh pihak gereja — Andrea juga merakamkan pesta anjurannya.

Ibarat mahu menambah garam ke luka yang terkoyak, Andrea meletakkan cover kepada koleksi homemade porn miliknya dengan nama-nama bekas pope.

Dek kerana tema pesta seks anjurannya yang pelik seperti memaksa wanita melakukan seks dengan haiwan, beberapa wanita membuat laporan polis yang akhirnya mengantoikan alter ego metal Andrea.

Selain dari mempunyai hubungan seks dengan lebih 30 wanita, Andrea juga sering membawa sex toys di dalam bégnya ketika melawat ke rumah-rumah wanita yang baru bercerai atau mempunyai masalah rumah tangga.

Bombardir/iStock
Erm, jangan ditanya benda berbentuk tasbih tu untuk apa…

Andrea dilucutkan jawatan dari menjadi seorang paderi dengan serta merta.

Tetapi to be fair kepada Andrea, mungkin beliau berjaya mengimarahkan kehadiran ke gereja tempat paderi tersebut berkhidmat…

… Walaupun rata-rata jemaah wanita ditunggang oleh penunggang agama….

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…