Aku bukan seorang pelajar yang rajin dan cemerlang sewaktu di sekolah dulu. Namun, tidak seperti rakan-rakan kerusi belakang yang lain, pelajaran yang paling aku minati sewaktu di sekolah dulu ialah subjek sejarah.

Bagi aku, kelas sejarah ialah seakan-akan sesi bedtime story untuk aku sebelum aku tidur sepanjang kelas seterusnya.

Rasanya semua yang semayang jenazah tu boleh pergi jauh….

Cerita-cerita hebat mengenai tamadun purba, kehebatan pahlawan lampau, kesadisan pemimpin kerajaan & penemuan ahli arkeologi serta lain-lain di dalam buku teks sejarah ibarat satu koleksi filem di minda aku ketika itu.

Kalau di India rakyat mereka mengagung-agungkan filem Bollywood untuk lari sebentar dari realiti kesusahan hidup — aku pula menjadikan cerita-cerita dalam sejarah sebagai gateway aku.

Aku sering membayangkan betapa berbezanya hidup di zaman dahulu kala; tiada vandalisme berleluasa, tiada post viral memburukkan orang ramai dan lain-lain. Pastinya fokus utama nenek moyang kita semua hanya untuk meneruskan hidup — menjadi pisang jauh sekali.

No komen.

Tetapi dengan kewujudan Internet, aku berjaya membuat kajian yang lebih mendalam mengenai kehidupan orang di zaman dahulu… Dan penemuan-penemuan ahli arkeologi telah membuatkan semua jangkaan aku musnah….

5. Orang Zaman Dulu Pun Suka Conteng Benda-Benda Bullshit

Seperti yang pernah dinyatakan oleh salah seorang penulis di PisangDoh, perjalanan seni semasa kanak-kanak untuk kita semua yang tak berbakat akan bermula dengan contengan merapu & diakhiri dengan lukisan payudara, zakar atau watak-watak komik.

Selain meja & kerusi, antara kanvas paling diminati oleh para pelajar (termasuk aku) ialah buku teks….

Dan disebabkan ‘bakat’ terpendam ini, pelbagai hasil yang memeningkan guru-guru terhasil:

Macam filem-filem Melayu, wajib ada tema seram…
… Dan tema mat rempit….

“Apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang, tak hormat ilmu langsung.” ialah antara komen fevret guru-guru yang perasan otai.

Tapi, to be fair kepada kaki conteng buku teks mereka semua masih muda & belum matang.

Kalaulah guru-guru atau ibu-bapa yang pening dengan perangai kaki conteng anak mereka dapat menggunakan mesin masa Doraemon untuk kembali ke Zaman Pertengahan di Eropah — mereka akan berdepan dengan pelbagai contengan di atas buku.

Malah, bertingkat-tingkat lebih bullshit.

Star Wars Porn Parody
WTF, apa lancau ni?

Dan yang lebih kelakar, contengan-contengan ini biasanya dilakukan oleh paderi-paderi (orang dewasa, bukan budak-budak) yang sedang pisang dan kanvas pilihan mereka ialah manuskrip atau buku teks keagamaan.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Tapi ada juga paderi & cendekiawan di zaman itu yang menconteng buku bukan kerana bosan. Sebaliknya, mereka baru menghasilkan perkakas untuk melukis benda-benda yang serius.

Cuma, selalunya mereka akan test power dengan membuat lukisan simple dimulai dengan bentuk-bentuk mudah, dan terbawa-bawa sehingga, BOOM: terhasillah beruk yang disontot oleh anak panah.

Kan dah cakap, sabun jatuh jangan pungut

Dan juga naga (Pokémon?) main dengan manusia.

Jilake Charizard!

Kebanyakan contengan bullshit ini ditemui oleh ahli arkeologi tersembunyi di sebalik kulit buku atau dua muka surat yang dicantumkan.

Yelah, cuba kalau pak imam buang tabiat dan conteng teks khutbah jumaat. Kalau kantoi, tak ke kena viral & dimaki beramai-ramai?

Sebut pasal viral maki hamun…

4. Post Maki Hamun Orang Sudah Wujud Semenjak Zaman Purba

Selain dari menjadi pelantar untuk ostad & ostazah online & keyboard warrior bermaharajalela, Facebook juga menjadi kaunter aduan alaf baru.

Aduhai, aku pun cannot brain la ayat wicet ‘cannot brain‘ ni #wicetinception

Seperti yang kau dan aku sangka, sudah tentu perangai complain di alam siber adalah perkara yang muncul selepas kewujudan Internet.

Namun, trend ini telah wujud di atas muka bumi semenjak zaman sebelum Masihi lagi….

Kemungkinan besar ditulis dengan CAPS LOCK

Kalau ada di antara pembaca yang fasih berbahasa Babylon Kuno, anda akan dapat tangkap cerita atau review di sebalik tablet batu yang diletakkan untuk tatapan awam pada zaman itu.

Untuk pembaca yang kurang fasih berbahasa Babylon Kuno, tulisan di atas batu tersebut merupakan luahan perasaan seorang warga Babylon bernama Nanni yang sedang memaki hamun seorang pedagang.

Nanni merasakan bahawa kualiti jongkong yang di jual oleh pedagang bernama Ea-Nasir adalah rendah dan cubaan untuk menghantar orang utusan demi meminta duitnya kembali tidak diendahkan oleh Ea-Nasir.

Disebabkan itu, Nanni mengambil keputusan memuat naik (memahat?) post untuk complain mengenai Ea-Nasir.

Aku tak pasti berapa banyak likes yang Nanni dapat. Tetapi menurut ahli sejarah, Ea-Nasir tidak mahu membayar ganti rugi kepada Nanni disebabkan Nanni masih berhutang dengan beliau.

Cis! Kes ada hutang dengan orang tapi muka tebal nak maki-maki.

Yang pastinya, si Jamal ni lagi legend dari Nanni….

3. Conteng Dinding Tandas Bukan Perkara Moden

Cepat! Dalam kiraan 1 sampai 3 kalau anda power, apakah imej paling sinonim dengan Malaysia?

Haa, lambat! Ini jawapan aku:

Welcome to Malaysia Sir!

Tapi jangan malu bro, benda ni bukan tanda negara kita tak bertamadun. Kita patut berbangga kerana rakyat Malaysia masih mengamalkan amalan tamadun purba yang berusia 2,500 tahun. Hehe.

Pada tahun 2014, Dr. Andreas Vlachopoulos membawa pelajar-pelajar beliau untuk lawatan sambil belajar ke pulau tanpa penghuni, Astypalaia di Greek.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Dalam usaha menjejak tinggalan tamadun Yunani, mereka dikejutkan dengan penemuan runtuhan dinding yang menurut mereka adalah ‘graffiti tak senonoh tertua dalam tamadun manusia’ — atau dalam erti kata yang lebih jujur; contengan lucah di dinding jamban yang berusia 2,500 tahun.

Peninggalan mat rempit purba

Selain dari lukisan zakar, terdapat pelbagai perkataan dan nama seperti yang kita semua biasa lihat di tandas stesyen minyak. Antaranya, “Nikasitimos pernah memantat dengan Timiona kat sini” dan lain-lain.

Ini bukan kes vandalisma tunggal dalam sejarah tamadun purba. Di Aphrodisias (sebuah bandar purba yang kini sebahagian dari Turki), ahli arkeologi menjumpai pelbagai contengan berbaur lucah di dinding tandas dan tempat mandi awam.

Kahkahkah. Jilake

Next time, kalau ada orang tegur kau bawa masuk handphone ke dalam tandas, ingatlah bahawa orang dulu-dulu pernah membawa pahat semasa time berak.

2. Cubaan Masak Secara Hentam Bukan Perkara Luar Biasa

Antara penemuan paling berharga bagi ahli arkeologi ialah spesimen organik dari zaman purba. Ini kerana, bahan organik seperti makanan dan jasad manusia yang terdedah kepada proses pereputan adalah sangat rare.

Jadi, apabila sekumpulan ahli arkeologi di Denmark menjumpai periuk yang berisi bahan berbuih dari Zaman Gangsa, mereka melonjak kegembiraan.

Kalau aku yang jumpa, aku biar je.

Periuk tersebut mempunyai bahan berbuih misteri berwarna kehitaman menimbulkan seribu tanda tanya. Adakah ia resipi rahsia ahli sihir zaman batu? Adakah ia darah haiwan yang telah pupus?

Setelah melakukan kajian di makmal, mereka mendapati bahawa bahan tersebut sebenarnya ialah produk percubaan memasak keju yang gagal.

Ahli arkeologi ni mungkin kena game dengan mamat tu.

Kajian dan siasatan mendalam menunjukkan bahawa keju tersebut cuba dibuat secara hentam keromo oleh seseorang di zaman tersebut.

Bukan sahaja eksperimen orang tersebut gagal, malah keju tersebut menghasilkan bau yang sangat busuk.

Untuk menyembunyikan bau tersebut dan mengelak dari menjadi bahan kutukan member-member, orang tersebut mengambil keputusan untuk membuang periuk tersebut ke dalam sebuah lubang — dan disebabkan itulah, proses pengawetan terhasil secara tak sengaja.

1. Bong Zaman Purba Lebih Cool Dari Bong Zaman Moden

Antara aktiviti kemuncak paling digemari oleh orang-orang yang tengah bosan ialah tarik sedas-dua untuk sedap kepala.

Melalui aktiviti ini, kita dapat melihat betapa kreatifnya manusia apabila mahu mencari pengalaman menarik dalam-dalam yang terbaik.

… Atau pengalaman pelik….

Dari botol Sting, batang betik, batang buluh, buah-buahan sehinggalah ke bong kaca — manusia moden telah menghasilkan pelbagai jenis bong dengan sandaran seni kreatif atau tahap kebosanan yang sangat tinggi.

Namun, korang semua still tak boleh lawan kehebatan kaum Scythian yang hidup ribuan tahun yang lampau di sekitar selatan Rusia dan utara Greek.

Sekumpulan ahli arkeologi telah diarahkan untuk menggali kawasan peninggalan bersejarah yang pernah menjadi penempatan kaum tersebut.

Mereka tidak menjangka untuk membuat sebarang penemuan baru disebabkan lokasi tersebut pernah digali sebelum ini.

Tetapi disebabkan mereka menggali lebih dalam dari biasa, mereka membuat penemuan yang sangat gempak; dua biji bong berusia 2000 tahun — dan juga bong paling cool dalam sejarah manusia.

Snoop Dogg pun kalah beb

Bukan sahaja bong tersebut diperbuat daripada emas tulen, malah terdapat ukiran-ukiran yang mempunyai maksud tersendiri.

Antaranya, terdapat ukiran makhluk mitos Griffin yang sedang membaham kuda & ahli arkeologi menafsirkannya sebagai tanda rahsia ahli kongsi gelap di zaman tersebut.

Semasa menjumpai bong tersebut, terdapat sisa-sisa dadah di dalam mangkuk dan kajian makmal mendapati bahawa pemilik bong tersebut menghisap candu serta ganja dalam masa serentak.

Nampak tak power tak power nya orang dulu-dulu. Kau yang baru merasa batang betik tu tak payah la nak acah-acah orang lama. Malu beb.

“Saya tak tarik bong, saya vape je.” – Pengakuan ikhlas penulis

Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Pepe Guardiola

Not your average extra lucky manager

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pepe Guardiola
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…