“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.”

At some point dalam hidup anda, anda pasti pernah menuturkan ayat di atas kepada orang lain. Jika tidak depan-depan pun, anda pasti pernah menuturkannya dalam hati. Kan?

Kadang-kadang dalam hidup, kita akan membuat kesilapan. Kesilapan yang membuatkan orang kata perangai kita macam babi dan menyusahkan orang. Jadi bagaimana nak mengelakkan diri daripada dipanggil ‘babi’ dan menjadi manusia yang menyusahkan orang?

Cara kami mudah: buat 7 benda tak best di bawah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selepas buat 7 benda ini, kami pasti anda akan jadi manusia yang tak menyusahkan orang.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


1. Bekerja di restoran, pasaraya atau customer service

Bekerja dalam industri servis (restoran, pasaraya, call centre) yang memaksa anda berurusan dengan orang adalah cara paling cepat untuk anda belajar bahawa – ramai sebenarnya manusia yang suka menyusahkan orang lain.

2. Duduk satu rumah dengan orang pengotor/pemalas

Hanya orang yang pernah duduk serumah/sebilik dengan orang pengotor/pemalas yang akan menghargai benda-benda kecil seperti pandai basuh pinggan sendiri, pandai merokok di luar rumah dan pandai sapu bilik sendiri.

Apa masalah bila kau merokok dalam rumah? INI. Kau tengok apa jadi kat dinding rumah bila kau merokok dalam rumah.

3. Jadi miskin

Sesiapa yang pernah merasa hidup miskin, tahulah mereka betapa berharganya benda-benda kecil seperti kebolehan untuk tanya soalan ‘nak makan kat mana’ setiap hari.

Mereka tahu betapa susahnya nak dapat RM50 sehari. Mereka tahu betapa babinya orang kaya yang cakap ‘kenapa orang miskin ni pemalas, ya?’

Dan paling penting, mereka tahu bersyukur.

4. Kena kencing dengan orang

Sama ada ditipu oleh kawan yang buat bisnes MLM atau ahli keluarga sendiri, pengalaman ditipu atau ‘dikencing’ orang ini bukan sahaja mengajar kita bahawa manusia sebegini memang wujud.

Malah ia turut mengajar kita supaya tidak menipu orang lain kerana kita tahu – betapa babinya perasaan bila dikencing orang lain.

5. Sakit sampai kena dijaga oleh orang lain

Anda tak tahu betapa besarnya pengorbanan orang yang nak jaga anda ketika sakit sehinggalah anda sakit sorang-sorang.

Pengalaman ini mengajar anda untuk jadi lebih bertimbang-rasa dan ia membuatkan kita lebih cenderung untuk turut berbuat perkara sama apabila ada orang sakit – macam mak dan ayah anda.

6. Gagal

Pendapat ini mungkin kedengaran extreme. Tetapi kami merasakan setiap orang wajib melalui sekurang-kurangnya satu pengalaman gagal untuk menjadi manusia yang tak menyusahkan orang.

Kegagalan ‘memaksa’ kita untuk beradaptasi. Dan dalam evolusi hidup kita sebagai homo sapiens, adaptasi adalah satu benda yang bagus. Ia membuatkan kita lebih kuat. Lebih cekal. Dan paling penting, lebih bersimpati kepada orang yang memerlukan pertolongan kita.

7. Pengalaman kemalangan/hampir kemalangan

Sama seperti pengalaman gagal, pengalaman accident atau hampir accident akan mengajar satu benda iaitu – memandu memerlukan fokus anda 100%.

Malah pengalaman kemalangan yang bukan berpunca daripada anda (seperti terlanggar lembu/rusa di jalan raya) juga akan mengajar anda perkara sama.

Selepas beberapa tahun memandu tanpa kemalangan, anda pasti akan ada rasa ‘bongkak’. Ketika inilah anda mula main smartphone ketika memandu. Anda mula memandu kereta kecil anda secara laju. Dan ketika inilah anda akan menyusahkan orang lain.

Rumusan

Jadi inilah 7 benda tak best yang kami rasa anda perlu lalui sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menjadi manusia yang tak menyusahkan orang.

Apa lagi benda tak best yang anda rasa kita perlu lalui untuk tidak dipanggil ‘babi’ oleh orang lain? Beritahu kami di ruangan komen ūüôā


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke:¬†[email protected]¬†atau klik¬†link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh Pex Sistol
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

5 Lokasi Tempat Kerja Sebenar Yang WTF Tetapi Wujud

Di musim raya ini apabila di kampung, topik tempat kerja merupakan topik paling selamat un…