“Kau buat apa merempit sana-sini tu, Leha… Bahaya nak.” ngomel Mak Limah sambil mengesat kesan cabai di mulutnya.

“Budin tu pulak, balik-balik terseliuh sana, terseliuh sini. Buat apa la main ragbi tu. Benda-benda bahaya ni, ishhh.” tambah Mak Limah lagi. Hampir terputus seleranya mengenangkan perangai rugged anak-anaknya.

“Mak, kalau semua orang goyang dengan bahaya… Tak merempit la Hafizh Syahrin bawah hujan di bumi orang!” jawab Saleha bersoloroh.

“Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.” tambah Budin dengan cubaan copycat demi menambah kredibiliti.

*****

Walaupun ada yang mungkin tidak bersetuju dengan Leha & Budin, kita tak boleh nafikan wujudnya golongan yang ‘berulamkan’ risiko & bahaya sebagai pembuka selera.

Namun, ada juga golongan yang tak enjoy bahaya cuma ia datang sebagai pakej dalam kerjaya mereka. Contohnya, golongan ahli sukan professional.

Dek kerana itu, kita lihat ramai ahli sukan yang akan melatah apabila (hampir) dikasari. Yelah, kalau kaki patah macam mana nak main bola? Kalau gigi patah, macam mana nak ngorat awek? Kalau tak boleh balas tak jantan la, ye dok?

Apabila di-tackle kasar contohnya dalam sukan bolasepak, kita tak boleh salahkan mereka kalau:

Akulah paling jantannnn!

Mahupun:

Hidup melayu!

Jadi, apabila ada atlet yang ditimpa kecederaan ngeri tetapi semangat juang memaksa mereka berdiri (tak melatah & masih professional) — kami tabik woii!

Jom kita tengok 5 kecederaan paling ngeri & manusia-manusia godlike yang berjaya menjangkaui semangat juang, batas manusia dan batas err.. urologi.

AMARAN: ARTIKEL INI BUKAN UNTUK YANG LEMAH SEMANGAT

5. Pemain NFL Yang Memotong Jari Untuk Terus Bermain

Apabila membaca tajuk dan kau tengok muka brader atas ni perhati kau, rasanya macam dia yang nak potong jari kau kan?

Brader yang kelihatan lebih layak menimang gelaran ‘Ayahanda Baju Merah’ dari Jamal Tongkol ini sebenarnya seorang pemain American Football bernama, Paduka Pak Long Tam..

Okay, sorry.. Nama beliau ialah Ronnie Lott.

Pada musim NFL 1985, Ronnie terlibat dengan kecederaan ngeri pada jari kelingking beliau yang ‘meletup‘ apabila tersepit di antara pelanggaran dua helmet.

“Baik buang jari, dari menyerah & lari” – Paduka Pak Long Tam

Scene ini selalunya akan membuatkan mana-mana lelaki dewasa menjerit & hampir pitam. Tetapi tidak bagi Ronnie – apabila melihat jari beliau yang patah-riuk, otak beliau ligat berfikir untuk mengelak dari direhatkan sepanjang musim.

Jadi, beliau membuat keputusan untuk memotong jari tersebut.

Bila basuh berak, mesti was-was. Macam rasa tak sempurna.

4. Jadi Buta Tapi Menang Perlawanan & Terima Anugerah MVP

Sukan American Football memang ganas. Ia ibarat acara gladiator berjemaah di zaman moden. Patah riuk perkara biasa. Potong jari boleh terjadi. Bagaimana pula dengan menjadi buta?

Ya, ia pernah terjadi kepada Terrell Davis. Pada perlawanan Super Bowl 1998, kepala Terrell telah ditendang dengan kuat sehingga beliau pitam.


Buat Duit Secara Online, Tanpa Modal Tapi Tak Scam, Kau Percaya Dokk?


Pitam-pitam ni agak biasa dalam sukan tersebut, jadi apabila Terrell tersedar beliau memberitahu ahli pasukan yang beliau tiada apa-apa. Semua ahli pasukan beliau percaya dan mereka meneruskan perlawanan seperti biasa.

Namun apa yang mereka semua tidak tahu, Terell menjadi buta akibat hentakan di kepala tersebut. Buta sementara boleh terjadi jika kepala terhentak dengan sangat kuat.

Kecuali kalau kau Jamal. Kalau kena hentak kat kepala, jadi bebal je.

Tak kisah kalau kau gangster macam mana sekalipun, kalau kau tahu kau tiba-tiba jadi buta, of coz sejadah & tasbih menjadi teman baik selepas tu. Tapi bagi Terrell, buta bukan halangan. Setelah mendengar arahan coach, beliau kembali semula ke padang & beraksi tanpa penglihatan!

Beliau beraksi selama 15 minit sebelum beliau boleh melihat secara samar-samar & berjaya memecah sejarah American Football dengan membuat touchdown sebanyak 3 kali.

3. Pemain Hoki Ais Yang Lehernya Dikelar Sewaktu Perlawanan

Satu lagi sukan yang terkenal dengan aksi ganas ialah sukan hoki ais. Selain dibenarkan bergaduh semasa perlawanan, alatan sukan ini juga mampu dijadikan senjata berbahaya. Contohnya, bilah kasut yang dipakai oleh pemain-pemain hoki ais.

Pada bulan Mac 1989, ketika perlawanan liga hoki ais di Kanada, terjadinya freak accident yang sangat ngeri. Ketika merebut bola, salah seorang pemain lawan tergelincir bersama-sama bakal korban , Clint Malarchuk.

Disebabkan pelanggaran itu, bilah kasut pemain lawan terkena leher Clint dan terjadinya adegan ngeri yang membuatkan ada penonton terkena serangan jantung & pemain-pemain yang muntah hijau.

Kalau kau tak rasa ngeri, boleh try sendiri bos.

Bukan sahaja tak mati, Clint dengan selamba menyumbat sarung tangan beliau ke dalam bahagian yang dikelar dengan alasan, “Saya tak mahu mak saya nampak saya mati disembelih kat TV“.

Clint kemudiannya meluncur keluar ke arah tempat pemain & dibawa ke hospital. Beliau berada dalam bilik pembedahan selama 90 minit & menerima 300 jahitan di leher. Clint kemudiannya hanya menghabiskan masa selama semalam di hospital sebelum memohon untuk pulang.

4 hari kemudian, beliau kembali ke sesi latihan. Seminggu kemudian, kembali bermain.

Power.

2. Mati Hidup Semula & Sambung Perlawanan Bola Sepak

Bola sepak merupakan sukan yang paling lembut jika dibandingkan dengan ragbi, hoki ais & American Football. Dalam bola sepak, brader yang berketinggian 6 kaki pun boleh tumbang disapa angin.

No komen.

Jadi, bila ada mamat jantan sejati macam Anthony Van Loo, beliau boleh dikategorikan sebagai spesis paling rare.

Video di bawah bukanlah video pemain bola yang mengantuk sebab terlalu banyak menonggang arak. Ia juga bukan video mangsa gigitan Suarez. Sebaliknya, ini video yang menunjukkan seorang pemain bola yang mengalami sakit jantung mengejut & menjadi arwah…

Anthony Van Loo telah diisytihar mati sebelum cubaan terakhir untuk ‘membangunkan’ jantung beliau berhasil & beliau kembali dari alam barzakh.

Beliau juga telah menjadi ahli kelab elit, ‘Mati Hidup Semula Mastika’.

Yang lebih menakjubkan, beliau kembali bermain dengan serta-merta.

Ya, beliau masih bermain sehingga kini.

1. Lagenda Ragbi Terkoyak Telur Di Atas Padang

kecederaan-paling-ngeri-dalam-sejarah-sukan-6The Times

Tajuk sahaja dah berjaya membuatkan semua makhluk yang mempunyai telur seriau…

..Kecuali Amirul Mukminin, kerana beliau err pemimpin agung.

Sebelum kita menerjah masuk dengan lebih mendalam mengenai telur, jom kita ambil masa sedikit untuk menerangkan mengenai sukan ragbi kepada anda yang buta sukan tersebut.

Dalam sukan ragbi, terdapat beberapa istilah seperti ‘scrum‘ dan ‘rucking‘ yang maksud paling senang difahami ialah ‘belasah & kalahkan lawan kaw-kaw’.

Selain pelindung telinga dan kulit telur yang sangat tebal, tiada pelindung atau pad lain yang dipakai oleh pemain-pemain sewaktu perlawanan.

Antara legend paling terkenal dalam sukan ragbi ialah Wayne ‘Buck’ Shelford. Beliau merupakan pemain untuk tim New Zealand All Blacks dan pada tahun 1986, pasukan beliau bertemu dengan pasukan Perancis (yang disyaki diberi dadah perangsang prestasi) dalam sebuah perlawanan yang diberi nama ala filem, ‘The Battle of Nantes‘.

Lebih kurang 20 minit selepas perlawanan bermula, Wayne berada dibawah timbunan pemain-pemain yang sedang melakukan ‘rucking‘ iaitu aktiviti di mana badang-badang akan menarik, menolak & apa sahaja yang mereka boleh lakukan untuk mencapai bola.

Dan, sebelah telur Wayne tercarik disebabkan terkena cleat atau spike but ragbi..

Tangisan jantan-jantan selain Wayne Shelford

So apa yang Wayne lakukan? Mesti kau rasa dia meracau-racau atas padang kan? Superman pun kalau tercarik telur boleh menangis bang.

Tidak, bukan sahaja Wayne tak pengsan atau menangis (mencarut mungkin kot). Sebaliknya beliau duduk di bangku pemain & meminta jurulatih untuk memberi jahitan ringkas kepada telur beliau. Insiden ini ditayangkan live di kaca TV negara Perancis. Sejurus selepas selesai, beliau meneruskan perlawanan.

Disebabkan itu, Wayne diangkat status sebagai demigod di kalangan rakyat New Zealand.

So lain kali kalau kau rasa nak demam and nak minta cuti setengah hari dari bos, korang boleh print gambar telur terkoyak & tampal kat skrin komputer untuk memberi motivasi diri.


Nak buat duit mudah secara online tanpa modal, BUKAN scam? Mai sini.

Kau masyuk tapi pishang? Usha barang baek kat sini.

Kau suka artikel ni? Kau pun suka menulis? Kau rasa kau lagi best?

Silalah hantarkan karya anda ke: [email protected] atau klik link ni.

Mahu lagi seperti ini?

Dapatkan konten & akses ke Komuniti PisangDoh!

Jangan risau bos, kami bukan spammers

WarisMinang

Mambang mabuk minum brandi woi

Paparkan Lagi Artikel Berkaitan
Paparkan Lagi Oleh WarisMinang
Paparkan Lagi Dalam Artikel

Baca Ni Bos

7 Benda Tak Best Yang Wajib Anda Rasa Untuk Jadi Manusia Tak Menyusahkan Orang

“Eh, babinya perangai dia ni. Menyusahkan orang betul.” At some point dalam hi…